Click sini

Sep 14, 2011

BAB 32 : Perlu

Salam sahabat cinta :)

Dugaan mungkin. Terlihat sahabat menjamah sesuatu. Teringin sejak sekian lama. 

ALLAH.

Aku sedang menahan diri. Tiada rezeki. mungkin.


BAB 31 : Rahsia

Salam sahabat cinta :)

Allah kurniakan perasaan dalam diri ini. Akhir-akhir ini, suka dan duka datang silih berganti. Cuba bertahan dengan kaki sendiri tetapi kadangkala hampir tersungkur dengan langkah sendiri. Apabila diri semakin yakin dengan soalan yang diberi, jawapan pula lari kerana munculnya sangsi.

ALLAH.

Pertemuan hamba dengan seorang insan mengajar diri ini untuk yakin dan menerima risiko dengan jawapan yang diberi. Adakalanya, apabila kaki sudah mula melangkah ke hadapan, agak sukar untuk menoleh ke belakang. Apa yang berlaku, ada hikmahnya walaupun masih belum nampak jawapan yang pasti. Akibat pernah membuang, akhirnya diri ini dibuang. Hamba malu dengan diri sendiri. malu dengan mereka. Cukuplah hanya KAU yang mengerti. biarlah kisah dongeng ini menjadi penyeri diri. Apa yang mereka nampak sekadar imaginasi dan bukannya realiti.

Lembaran baru dalam meniti hari.

Sep 5, 2011

BAB 30 : RAYA. RAYA. RAYA.

Salam sahabat cinta.

Antara perkara yang berlaku sepanjang raya tahun ini :

1.  Basuh pinggan dan makan.

2. Tunggu sahabat handai dan saudara mara datang rumah.

3. Gangguan bekalan air sehingga menyebabkan cabut balik kampung.

4. Beraya di hospital.

5. Kemalangan.

Done!