Click sini

Aug 5, 2012


Allah. Tak semestinya apa yang kita nak. Kita dapat. Hari nie rasa macam tersepit di tengah2. Perlukah melakukan pengorbanan ini. Sayu sangat. Antara impian dan keperluan. Banyak benda yang harus difikirkan. Luluh rasa hati unttuk teruskan perjalanan. Hati ini. Rasa semakin payah untuk menerima. Allah uji. Kuatkan aku. Kuatkan kami. 

Aug 1, 2012

Teresak-esak menangis.
Mak kata. Kalau kita sayang. Nanti Allah balas rasa sayang tu. 
Baru sekejap melihat telatah anak-anak kucing keluar masuk bawah kerusi.
Sedih sangat. Kematian dia macam tu. Sekali dua terus mati. Melimpah-limpah darah keluar dari mulut dia.

*Sempat meletak ubat gamat pada luka. Allah je tahu macam mana rasa sedih tu.

Jul 30, 2012

BAB 49 : Ujian

Jangan lah sakit lagi.


Kuat. Kuat. Kuat.

Banyakkan berdoa Anisah. :)

Jul 27, 2012

BAB 48 : Keliru Lagi

Allah. Benarkah jalan yang dipilih ini?
Ikhlaskah aku? Atau sekadar ingin membalas dendam. Beriku jawapan.

Kaku dan lemah dengan soalan.

Maaf. :'(

Jul 20, 2012

BAB 47 : Mak

Hampir sebulan kejadian itu berlaku. Macam-macam yang difikirkan. Otak ligat berfikir untuk mendapatkan jawapan. Maaf mak. Buat mak risau. Macam-macam dah mak bagi ubat. Suruh baca doa nie. Tawar air nie. Aku tahu mak risau. Aku? Hanya mampu doa. Semoga Allah jaga diri ini.

Petang tu.
Mak : Kak Lang tak nak cuba lagi?
Aku : Tak nak mak. Kak Lang dah cuba sebelum nie. Tapi dapat malu je. Kalau orang dah buang kita. Biarkan je lah. Allah bagi pinjam kejap je. Dah masa nak kena pulangkan semula.

Terima kasih mak! Insya Allah. Kak Lang ok :)

Jul 19, 2012

BAB 46 : Kenangan Lama

Terdengar telefon rumah berbunyi. Tiba-tiba air mata mengalir. Teringat. Ayah call. "Kak Lang tutup tv. Pegi tidur cepat. Esok nak pergi sekolah, lambat bangun nanti." 

:'( Selalu dapat panggilan mcm nie dulu. Sebelum tidur. Ayah dalam bilik. Aku duduk luar tengok tv. 

*Bacaan yaasin untuk ayah hari nie.

Jul 18, 2012

BAB 45 : Selamat Hari Lahir

Salam Sahabat Cinta.


Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan cuba menjatuhkan. Awak berjaya buat saya jatuh. Terima kasih mak. Mak bagi telekung baru birthday kali nie. Hehe. So special. :)


Terima Kasih Allah. Alhamdulillah.

Jul 14, 2012

BAB 44 : Istikharah

Salam Sahabat Cinta.

Sebelum apa-apa keputusan diambil.





Jul 13, 2012

BAB 43 : Berada Pada jalan Ini

Salam Sahabat Cinta.

Bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira titis air matamu.

Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu.
Bila engkau kebuntuan akal, 
maka Allah adalah penunjuk jalan.
Apabila engkau telah berazam,
maka bertawakallah kepada Allah.


Jul 11, 2012

BAB 42 : Never Give Up


"Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu serta tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) di samping bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung"
(Ali-'Imran, 200)

* Apa pun jawapan yang bakal diterima esok. Bersedia. Jangan sesekali berputus asa dengan Allah. 

BAB 41:Cinta Pertama. Hirisan Pertama

Salam Sahabat Cinta.
 "Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."
 [Al-Imran:120]

Bila hati hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, diri sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hati dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang-orang yang beriman. Hidup di dunia sekejap sahaja, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...so pilih, nak susah sekejap kat dunia or nak susah selamanya di akhirat? semuanya di tangan kita.


" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
 [Al-Baqarah: 212]

Jun 17, 2012

BAB 40 : Sabar

Salam sahabt cinta.

Diri ini memang tidak sempurna. Sekadar manusia biasa. Cuma hamba Allah. Terkejut membaca tohmahan yang diberi. Sahabat memberi nasihat. Allah nak tunjuk siapa sebenarnya dia. Sabar dengan penghinaan tersebut. Tidak perlu membalas.

Sabar itu memang indah kan. :)

Jun 15, 2012

BAB 39: Bulan Bintang

Salam sahabat cinta.

Berada di sebuah surau. Selesai semua. Dia mendukung seorang kanak-kanak kecil. Bermain bersama dia.

Sahabat : Malam. Ada bulan. Cari bulan cepat. Hehe

Si kecil : Tu. Bulan kat atas sana.

Sahabat : Ha. Cari bintang pulak.

Si kecil : Eh2. Bintang hilang. (Mencari-cari). Bintang ada kat bawah. Bulan dah tak nak kawan dengan bintang.

Tergelak selepas disiku oleh sahabat. Mendalam maksud tu sayang. 

Hehe. :)

Jun 5, 2012

BAB 38: Keluarga

Salam sahabat cinta.

Taska Nur Jannah & Tadika Pintar Al-Azhim.

Walau tidak dikenali ramai orang. Cukup ianya dikenali dalam hati aku.
Pernah terfikir untuk berhenti dan mencari kerja lain. Pendirian berubah setelah melihat wajah anak-anak yang perlu dijaga dan dididik. Cukup mendengar ketawa dan tangisan mereka, SUNGGUH! ianya cukup membuatkan aku gembira.


Hafiy. Budak suka menyelit. 2 minggu sudah x jumpa. Cepat2 keluar hospital yer.

Adelia. Kacukan Myanmar dan Indonesia. Ini lah hasilnya.

Haninda (Kembar). Tak boleh kena tinggal.

Bayi2 yang semakin membesar dan mula mencari kaki. Aryan, Huzaifah(Kembar), Hafis (Budak tercekik)

                                             
Amirul Hadif. Mama :)

Birthday Hannah.


Tadika Pintar Al-Azhim. Aku sebagai guru dan ibu.

*Walau ramai orang mengatakan tugas ini tidak seberapa. Tetapi bagi yang memahami. Ianya satu tugas dan amanah yang sangat besar. 
Alhamdulillah. Rezeki aku di sini. Cikgu di tadika. dan ibu di taska. :) sayang semua anak-anak aku.


May 27, 2012

BAB 36: Mimpi

Mimpi itu menyedarkan.
Walau ia sekadar mimpi, tetapi sangat memberi motivasi.

Semua parut mempunyai cerita yang tersendiri.

Allah lebih tahu mana yang terbaik. Sekuat mana pun naluri hati menginginkan sesuatu itu. Andai ia bukan milik kita. Lepaskan saja.

http://www.youtube.com/watch?v=hDkt0-M9OKI

BAB 35: Salman Al-Farisi

Menggamit kisah cinta luar biasa seorang hamba..kisah cinta Salman Al-Farisi mahu dicoret dan dikongsi..untuk menyentuh hati-hati yang mahu sentiasa terjaga dengan cintaNya..

Mulanya sebuah kisah cinta..ketika mana sudah saatnya Salman Al-Farisi mengisi kekosongan hati dengan cinta halal..sebuah pernikahan..Dia terfikirkan seorang wanita Ansar yang beriman dan solehah. Bukan diharapkan menjadi kekasih tetapi sebagai satu pilihan dan diyakininya bahawa sesungguhnya wanita itu pilihan yang tepat untuk menjadi teman dan ibu bagi bakal pejuang dari keturunannya.

"Aku orang asing di bumi Madinah.Madinah bukanlah tempat kelahiranku.Madinah bukanlah tanah aku meniti kedewasaan.Tidaklah tiap-tiap penghuni bumi Madinah ini ku kenali.Bukankah akan dilihat asing seorang pendatang sepertiku melamar gadis Madinah?"...ada keraguan dihati Salman. Ada kerisauan di hati pemuda itu. Lantas...terdetik di hatinya mencari seorang sahabat yang mampu menjadi perantara baginya..Ya.. Abu Darda..sahabat dari golongan Ansar yang dipersaudarakan dengannya..

Rasa hatinya disampaikan kepada sahabat tercinta..Abu Darda..
dengan tahmid dan tasbih Abu Darda menyahut hasrat sahabatnya. Cukup girang si Abu Darda memeluk sahabatnya tanda akan dibantunya Salman dalam melunaskan apa yg terhajat dihatinya. Maka..beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di tengah kota Madinah. Rumah seorang wanita yang solehah dan bertakwa yang menjadi pilihan hati Salman Al-Farisi.

Abu Darda menyusun kata memulakan bicara..
"Saya adalah Abu Darda dan ini saudara saya Salman seorang Parsi. Kami telah dipersaudarakan atas nama Allah. Dia telah dimuliakan Allah dengan Islam,dan dia juga memuliakan Islam dengan amalan dan jihadnya. Disisi Rasulullah, dia punya tempat yang mulia,sehinggakan baginda menyebutnya sebagai ahli-bait baginda. Dan kedatangan saya adalah bagi mewakili Salman untuk melamar puteri solehah dari rumah ini". Fasih dan yakin Abu Darda berbicara dengan nada dan loghat Bani Najar.

Tuan rumah tersenyum membalas bicara,"Adalah sebuah penghormatan bagi kami menerima kehadiran kalian. Dan adalah penghormatan bagi kami sekiranya bermenantukan sahabat Rasulullah yang mulia. Tetapi, hak untuk menerima atau menolak lamaran ini adalah pada puteri kami"..Sang puteri yang mendengar disebalik hijab menanti dengan debaran hati..

Sunyi seketika....

Tiba-tiba suara lembut si ibu bersuara mewakili si puteri yang dinanti sahabat yang mulia.
"Maafkan kami atas kejujuran kata dalam jawapan ini. Dengan mengharap redha Allah, saya menjawab bahawa puteri kami menolak lamaran Salman. Akan tetapi seandainya Abu Darda turut mempunyai hasrat yang sama seperti Salman, puteri kami menerimanya"

Nah..cukup mengejutkan..sang puteri menolak lamaran yang melamar tetapi menerima pengantara lamaran itu..Apakah mampu Salman menerima realiti yang mungkin mematahkan hati lelaki?

Sungguh tak terjangka dengan reaksi indah Salman Al-Farisi.."Allahu akbar!!..dengan mahar dan segala yang telah saya sediakan ini akan saya serahkan kepada sahabat saya Abu Darda untuk pernikahan kalian. Dan saya akan menjadi saksi bg pernikahan mulia ini"..aduh...sungguh teguh hati Salman dalam menghadapi situasi ini..memilih antara keinginan hati dan persaudaraan..cinta luar biasa..

Ibrah dari kisah cinta Salman..cinta tak seharusnya memiliki..dan hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesuatu pun dlm kehidupan ini..Salman berada dalam sebuah dugaan yang berat, di tengah perasaan yang berkecamuk rumit..antara malu, kecewa, sedih,
merasa salah memilih pengantara – Namun dia teguh untuk tidak mengatakan ’merasa
dikhianati’- kerana cinta tak bermakna memiliki..

Berbezanya dengan kita yang sentiasa menginginkan untuk memiliki apa yang kita cintai. Sedangkan ketentuan Allah itu telah pun tertulis dengan hikmah yang tersirat..
Cinta Salman Al-Farisi cukup luar biasa..

Jan 4, 2012

BAB 34 : Cabaran

Salam sahabat cinta.

Lama dah tak update blog. hampir bersarang rupanya. Terbaru dari Bukit Beruntung.


Mikhail n Athirah


Kanak-kanak 4 tahun yang banyak tanya.
 Annniiiiii!

 Miaaa. (hee. hee. hee)


*tak dapat nak gambarkan perasaan dengan kata-kata. Sangat gembira menjaga dan mendidik anak-anak syurga :)