Click sini

Dec 20, 2015

BBM 3410 : KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum W.B.T.

Baiklah, kali ni aku akan berkongsi pengalaman dan cerita di sebalik kelas Bahasa dalam Multimedia (BBM 3410). Banyak perkara yang aku nak kongsikan. Pada mulanya, aku boleh pilih nak kelas yang mana, tapi disebabkan tak nak kelas terlalu pagi, jadi aku pilih kelas Dr. Normaliza. Hahaha (muka malas mandi pagi). Kalau ikutkan pengalaman sebelum ni, ada jugak kelas dengan Dr. Normaliza, tapi untuk kelas penyeledikan sebelum ni, sangat menakutkan. Jadi aku redah je lah masuk kelas multimedia kali ni.

Tup.tup masuk je kelas, Dr sangat berbeza masa kelas penyelidikan. Mula-mula je dah rasa seronok. Walaupun memang dah diberi amaran akan dapat banyak kerja (kata Dr banyak praktikal). Hahaha. Masa kelas pertama, dah dapat arahan untuk bawak barang-barang pada kelas minggu depannya. Memang setiap minggu Dr bagi kerja kumpulan, dengan kalendar lagi (stress mak nak). Tapi, sebab semua kerja yang Dr bagi tu lah, aku belajar banyak benda dan akhirnya aku dah pandai buat kalendar dan video. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak sentuh benda2 yang melibatkan multimedia ni. Benda yang aku paling perasan ialah, aku menjadi semakin yakin dan semakin tak tahu malu (tak malu yang dibenarkan lah). Tak sangka plak aku ni kreatif jugak setiap kali kena siapkan video. Ecececeh.

Banyak benda yang aku dapat selama kelas multimedia ni. Kebanyakan tugasan Dr bagi dalam kumpulan. Biasalah kan kalau dalam satu kumpulan tu ada berselisih pendapat. tapi sebab perselisihan tu lah yang mengajar aku macam mana untuk menerima kritikan dan pendapat orang lain. (Bukan kena ikut kepala aku je). Aku percaya, kawan-kawan aku mesti macam marah dengan aku, sebab aku ni sangat tekankan disiplin. Hahaha. Nasib lah semua berjalan lancar. Maaf ya kawan-kawan sebab perangai aku ni.

Akhir sekali, terima kasih Dr untuk semua pengalaman yang Dr dah kongsikan dengan kami. Saya happy masa dalam kelas Dr dan boleh hilang stress masa belajar dengan Dr.

:)


BBM 3410: LEARNING THROUGH BLOG WRITING


Buku Learning Through Blog Writing telah ditulis oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2014 dan telah diterbitkan daripada Penerbit UTM. Penulisan blog telah menjadi medium yang sangat popular dalam kalangan remaja pada masa ini. Melalui penulisan blog, para pelajar dapat berkongsi budaya, pemikiran dan pengalaman mereka bersama orang lain. Oleh itu, penulis telah mengulas mengenai blog dengan lebih mendalam.
Blog ialah perbincangan yang dilakukan dalam bentuk tulisan rasmi atau tidak rasmi. Blog boleh digunakan secara peribadi atau bagi tujuan perniagaan untuk membuat promosi atau mengiklankan sesuatu produk. Blog ini merupakan satu medium komunikasi yang mesra pengguna kerana ianya dapat menjadi media penghubung kepada individu lain. Para pelajar boleh menggunakan blog bagi menulis tentang diri mereka dan menjadikan blog sebagai diari harian mereka dan mereka boleh menulis blog dalam apa-apa bahasa sekali pun. Penulisan blog boleh membentuk pemikiran seseorang menjadi lebih kreatif dan memberikan motivasi. Para pelajar yang mempunyai blog berasa selesa menulis dalam blog kerana blog boleh menjadi privasi untuk dibaca oleh pelajar tersebut atau dibaca oleh orang lain. Mereka boleh memilih pautan mana yang ingin dilakukan. Blog merupakan satu medium yang digunakan oleh seseorang untuk menulis mengikut pemikiran masing-masing kerana tiada peraturan yang perlu diikuti. Dalam buku Learning Through Blog Writing, penulis memberi fokus pada pelajar universiti dan kolej. Blog dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dan mereka mampu meningkatkan keyakinan semasa berkomunikasi.
Studies on Blog Writing merupakan topik yang membincangkan mengenai semua sorotan kajian tentang blog. Antara kajian-kajian yang telah dipilih ialah daripada Cisco Public Information pada tahun 2008 yang mendapati bahawa pembelajarn melalui media mempunyai kebaikan dan ianya dapat memberi motivasi yang tinggi serta impak yang hebat dalam hasil pembelajaran kepada pelajar (Normaliza Abd Rahim, 2011:2014). Kajian ini disokong oleh Comlab India for Effective Learning pada tahun 2012 yang mengatakan bahwa terdapat hubungan yang positif dan negatif dalam peggunaan media dalam pembelajaran. Sehubungan itu, para pelajar boleh menulis blog dan menicipta penulisan mengenai blog mereka secara tersendiri (Normaliza Abd Rahim, 2008). Oleh itu, Ruzy Suliza Hashim (2007) dalam kajiannya mendapati blog telah menjadi medium yang popular bagi meluaskan idea kerana beliau telah membuat kajian terhadap dua orang wanita dan didapati mereka banyak menulis dalam blog. Justeru, penulisan blog dapat membentuk keyakinan diri pada diri seseorang individu (Nadzrah Abu Bakar et al, 2010). Kajian ini disokong oleh Sithaletchemy Krishnaiyer et al pada tahun 2012 yang menunjukkan bahawa para pelajar mampu memberi tindak balas yang positif dalam pembelajaran dan mereka telah menulis hasil pembelajaran dalam blog mereka sendiri. Hal ini telah disokong juga oleh Nadzrah Abu Bakar dan kemboja Ismail pada tahun 2009 yang mendapati penulisan blog merupakan satu medium bagi pelajar untuk berkongsi idea mereka dan melalui penulisan blog, pelajar lebih bermotivasi karana persekitaran pembelajaran menjadi lebih baik.
Kajian Perspective Towards Blog Learning memberi fokus pada perspektif para pelajar terhadap pembelajarn blog. Objektif kajian ini ialah menganl pasti dan membincangkan jenis-jenis penulisan yang dipilih oleh pelajar semasa menulis blog. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 60 orang pelajar lelaki dan perempuan dari kelas bahasa Melayu di University of Hankuk, Korea. Subjek kajian yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang sudah mempunyai pengalaman dalam penulisan blog pada semester lepas. Subjek telah diberikan satu set soal selidik dan ditemu bual berdasarkan pendapat mereka mengenai pembelajaran blog. Dalam kajian ini, pengkaji telah menganalisis wacan ayang dituturkan dan aianya merujuk pada kajian organisasi sesuatu bahasa terhadap penyataan dan klausa. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa analisis wacana sangat penting dalam penggunaan bahasa. Analisis wacana banyak digunakan dalam konteks sosial dan menerusi beberapa interaksi mahupun dialog yang dituturkan dalam kalangan penutur.
Seterusnya, pada bab Writing in Blog to Enhance Learning, pengkaji telah memberi fokus pada penulisan para pelajar dalam blog. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti dan membincangkan kandungan penulisan blog dalam kalangan para pelajar. Kajian ini telah melibatkan 11 subjek responden yang mengambil kursus Bahasa dalam Multimedia. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar berasa sangat gembira dengan tugasan yang telah diberikan. Selain itu, melalui blog, para pelajar dapat berkongsi pengalaman mereka bersama orang lain, berkongsi perasaan yang dialami dalam diri dan mereka dapat berkongsi tips-tips penulisan blog semasa di dalam kelas.
Kemudian, dalam bab Autumn Stories in Blog Writing telah memberi fokus pada penulisan para pelajar dalam blog. Kajian ini telah melibatkan seramai 6 orang pelajar perempuan antarabangsa yang belajar dalam bidang bahasa Melayu di University of Hankuk, Korea. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa penulisan para pelajar dalam blog banyak mengisahkan mengenai kisah hidup mereka sendiri dan cerita yang ingin dikongsikan bersama orang lain. Selain itu, para pelajar banyak berkongsi pengalaman dan perasaan mereka mengenai musim luruh yang dialami. Tambahan lagi, para pelajar telah berjaya mengaplikasikan kata kerja dan kata adjektif yang dipelajari semasa dalam kelas. Akhir sekali, para pelajar juga dapat menulis cerita berdasarkan pengalaman mereka semasa musim luruh di dalam blog masing-masing.
Dalam bab 6 iaitu Blog as Media Learning Language and Literature, pengkaji telah memberi fokus pada blog sebagai media pembelajaran bagi bahasa dan juga sastera. Objektif kajian ini adalah bagi menegnal pasti dan menganalisis fungsi blog sebagai salah satu medium pembelajaran bahasa dalam bahasa Melayu dan sastera Melayu dalam kalangan pelajar Korea. Responden kajian ini terdiri alam kalangan 18 orang pelajar kursus bahasa dalam multimedia yang telah belajar dalam bidang bahasa asing di University of Hankuk, Korea. Para pelajar telah diminta untuk menulis dan mengemaskini blog mereka setiap hari selama 3 minggu. Para pelajar bebas menulis mengenai topuk yang diingini dengan syarat mereka perlu menulis dalam bahasa Melayu. Keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar telah menjadikan blog sebagai suatu tempat bagi meluahkan perasaan dan berkongsi bakat penulisan mereka. Tambahan lagi, para pelajar telah menjadikan blog sebagai media pembelajaran untuk mempelajari bahasa dan sastera. Mereka telah menulis blog mereka dalam bahasa Melayu dan mampu menghasilkan karya sastera yang berkaitan dengan suasana semasa dalam kelas. Para pelajar juga telah menunjukkan keyakinan mereka dan berbakat dalam sastera Melayu. Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa blog telah digunakan untuk menghilangkan tekanan dan ianya dapat membuka peluang kepada media elektronik untuk digunakan dalam pembelajaran.
Lets Start Blogging telah membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum melakukan penulisan dalam blog. Sebelum menulis sesebuah blog, individu perlu mempunyai akaun blog terlebih dahulu dan perlu ada akaun emel yang sah. Oleh itu, pengkaji telah menunjukkan cara-cara membuat akaun emel menerusi Gmail yang perlu bermula dengan mengisi maklumat yang diperlukan dalam laman web gmail sehingga berjaya mempunyai akaun gmail. Kemudian, pengkaji juga telah menunjukkan cara bagi mendaftar akaun blog dengan menggunakan akaun gmail yang telah dibuat. Pendaftaran akaun blog telah ditunjukkan secara terperinci melalui gambar screen shot sehingga pembaca berjaya didaftarkan. Tambahan lagi, pengkaji juga telah menunjukkan cara untuk menulis dalam blog sendiri. Seterusnya, pengkaji juga telah menunjuk cara menyusun layout dalam blog dan menambah gajet yang diperlukan dalam blog. Selain itu, dalam bab ini juga, pengkaji turut mengajar pembaca membaut blog daripada wordpress dengan bermula daripada masuk ke laman wordpress dan mendaftar akaun sehingga pada pemilihan tema, gajet, berkongsi blog dalam twitter dan facebook serta cara kongsi media dalam blog wordpress.
Akhir sekali, dalam Ethics in Blog Writing, penulis telah menggariskan etika yang perlu diikuti oleh penulis semasa menulis entry dalam blog. Terdapat 10 etika yang perlu diikuti. Pertama, penulis perlukan memilih perkataan yang sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur. Kedua, apabila menulis sesuatu ayat penulis perlu pastikan yang ayat tersebut mudah untuk difahami. Ketiga, tatabahasa yang digunakan dalam blog perlu sesuai dan mematuhi peraturan bahasa. Keempat, penulis dilarang untuk menyentuh isu sesistiviti sesuatu agama. Kelima, apabila menulis sesuatu yang sulit, tidak digalakkan untuk membincangkan isu sensitif sesesbuah parti politik. Keenam, elakkan penggunaan perkataan yang kasar. Ketujuh, tidak dibenarkan menulis entry yang mengugut dan mengancam orang lain. Kelapan, elakkan penulisan sesebuah entry yang tidak dipastikan kesahihan maklumatnya, penulis perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis. Kesembilan, letakkan kredit pada gambar yang dikongsi supaya gambar tersebut tidak diambil oleh orang lain. Akhir sekali, semasa menulis tentang teori dan kajian, pastikan bahawa penulis telah banyak membaca dan membuat kajian terdahulu supaya isi yang ditulis boleh dipercayai.
Buku ini merupakn sebuah buku yang sangat bagus kerana telah mengupas isu media blog dengan sangat mendalam dan mudah difahami oleh pembaca. Melalui perkongsian penulis mengenai tips-tips penulisan blog, pembaca boleh menaik taraf blog yang ada dengan lebih baik. Selain itu, penulis telah menggunakan banyak kajian orang lain bagi menguatkan lagi isi yang ingin disampaikan. Tambahan lagi, penulis telah menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami oleh pembaca walaupun ianya diterangkan dalam bahasa Inggeris.

BBM 3410 :WACANA BAHASA


Buku Wacana Bahasa merupakan sebuah buku yang telah ditulis oleh Normaliza Abd Rahim dan diterbitkan oleh Penerbit UMT pada tahun 2014. Buku Wacana Bahasa banyak membincangkan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pelajar asing. Terdapat 9 bab dalam buku ini.
Teater kanak-kanak merupakan artikel yang membincangkan mengenai pandangan anak-anak yatim terhadap teater kanak-kanak. Kajian dibuat setelah kanak-kanak menonton teater dan kemudian mereka membuat perbincangan dalam kumpulan yang kecil. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan anak-anak yatim yang menonton teater fantasi dan menganalisis persepsi anak-anak yatim dalam perbincangan bersama dengan rakan-rakan lain. Responden kajian ini adalah seramai 80 orang pelajar yang berumur 4 hingga 14 tahun yang bertempat di sebuah rumah anak yatim di Selangor. Satu persembahan teater fantasi telah dipersembahkan yang berdurasi selama 45 minit dan ianya mengisahkan fantasi seorang budak perempuan yang bernama Dahlia di alam fantasi. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar memperoleh keyakinan diri, memberikan ruang kreativiti yang lebih luas dalam diri pelajar serta memberi kanak-kanak peluang untuk berfikiran secara lebih kritis. Hal ini menunjukkan bahawa melalui persembahan teater dapat membantu kanak-kanak untuk menajdi seorang yang lebih aktif. Selain itu, melalui cara ini dapat memberikan ruang kepada anak yatim yang selama ini berdiam diri dengan kekurangan mereka untuk memebrikan pendapat.
Penggunaan media teknologi telah membincangkan mengenai galakan pembelajaran secara berkumpulan dengan menggunakan teknologi media. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti langkah-langkah serta membincangkan analisis perbualan pelajar dalam membuat aktiviti Satu Shot Klip Video. Kajian ini melibatkan 37 orang pelajar yang menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam kursus Kesusateraan dalam Multimedia. Para pelajar diberikan tugasan bagi menyiapkan satu video klip yang menggunakan teknik satu shot dengan menggunakan satu lagu Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa melalui aktiviti yang telah diberikan, para pelajar bertindak dengan begitu aktif bagi menyiapkan tugasan tersebut dan memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan walaupun berlaku pelbagai perselisihan. Namun begitu, walaupun para pelajar mempunyai pengalaman membuat tugasan yang hampir sama dalam kumpulan, mereka masih berdedikasi untuk menyiapkan tugasan tersebut kerana beranggapan yang tugasan ini perlu diberikan lebih perhatian serta tumpuan. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi semasa melakukan aktiviti dan mereka berjaya mengendalikan aktiviti dalam kumpulan dengan memberi dan menerima pendapat daripada orang lain.
Penulisan papan cerita merupakan kajian yang berkaitan antara pantun dan multimedia. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti langkah penyediaan papan cerita dan menganalisis perbualan subjek semasa proses penyediaan papan cerita. Sampel kajian seramai 30 orang pelajar Sastera Melayu yang menuntut di Universiti Putra Malaysia. Sampel kajian dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil dan dikehendaki menyediakan langkah-langkah bagi menulis papan cerita dan kemudian menerbitkan pantun yang disiapkan dengan berpandukan papan cerita. Hasil kajian mendapati bahawa subjek mempunyai keyakinan yang tinggi dalam penulisan papan cerita pantun dua kerat setelah mendapat keputusan mengenai tema yang ingin digunakan. Selain itu, subjek juga telah menunjukkan minat yang tinggi dalam pembuatan pantun serta subjek dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan melalui perbualan mereka dalam kumpulan. Hal ini kerana, subjek banyak bertanya soalan semasa dalam kumpulan dan mereka memberikan pandangan masing-masing semasa perbincangan.
Pantun Melayu merupakan artikel yang mengupas mengenai keunikan pantun Melayu moden dan tradisional. Objektif kajian yang dibuat ialah mengenal pasti jenis makna pantun dan membincangkan ujaran oleh pelajar mengenai pantun dalam kalangan pelajar Korea di hankuk University of Foreign Studies. Kajian ini telah memberi fokus pada analisis wacana interaksi pelajaa dalam kumpulan kceil semasa melakukan perbincangan dan perbualan mengenai pantun. Kajian ini telah melibatkan seramai 18 orang pelajar Korea lelaki dan juga perempuan. Responden yang dipilih adalah dalam kalangan umur 22 tahun hingga 28 tahun dan mengambil kursus perbandingan sastera Melayu dan Indonesia. Antara pantun yang telah dibincangkan ialah pantun nasihat, kasih sayang, pengajaran dan seloka. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa para pelajar mampu mengenal pasti jenis pantun yang diberikan kepada mereka. Mereka dapat membincangkan pantun nasihat, pengajaran, kasih sayang dan pantun kanak-kanak dengan baik sekali dalam kumpulan. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar korea mampu memahami makna setiap pantun yang diberikan walaupun ianya merupakan teks puisi lama.
Sajak Melayu merupakan artikel yang membincangkan mengenai keunikan sajak Melayu yang berada pada genre Kesusateraan Mleayu dan mempunyai keunikan tersendiri. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perbualan pelajar dalam membincangkan dua buah sajak oleh A. Samad Said iaitu Jika dan Waris Bertuah. Responden kajian ini terdiri daripada 10 orang subjek yang belajar dalam kursus Kesusasteraan Kontemporari di hankuk University of Foreign Studies, korea. Para pelajar telah diberikan sebanyak dua buah sajak yang ditulis oleh A. Samad Said untuk dibincangkan. Para pelajar telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan kecil dan mereka dikehendaki untuk memahami serta membuat perbincangan dalam kmpulan mengenai sajak-sajak tersebut. Dapatan daripada perbincangan tersebut mendapati bahawa para pelajar telah berupaya untuk memberikan maksud bagi sajak-sajak yang telah diberikan. Para pelajar telah berbincang dalam kumpulan dan akhirnya mereka bersetuju dengan makna yang telah diberikan. Melalui perbincangan, para pelajar dapat memberikan keyakinan semasa menjelaskan mengenai sajak Melayu moden dan seterusnya mereka dapat memberikan keyakinan terhadap perbincangan secara lebih telus kerana mereka juga turut menerima kritikan mengenai sajak mereka daripada kumpulan yang lain.
Kata kerja dalam cerita binatang merupakan sebuah artikel yang telah membincangkan mengenai penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar sindrom Asperger. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kata kerja serta menganalisis perbualan pelajar sindrom Asperger di dalam kumpulan. Subjek kajian ialah para pelajar yang berumur 7 hingga 9 tahun dan mempunyai sindrom Asperger. Para pelajar telah diperdengarkan dengan cerita binatang selama dua minggu dan mereka perlu memberikan pandangan terhadap cerita yang telah didengari. Para pelajar telah berusaha menggunakan kata kerja semasa sesi bercerita dan mereka berjaya menjalankan aktiviti bercerita tersebut. Hasil daripada kajian ini mendapati para pelajar sindrom Asperger sangat berminat dengan aktiviti yang telah dijalankan di dalam kelas dan mereka dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran dengan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dirancang di dalam kelas. Selain itu, didapati bahawa para pelajar mempunyai tahap keyakinan yang tinggi tentang aktiviti bercerita kerana mereka boleh menyebut semula kata kerja yang terdapat dalam cerita binatang.
Jurnal Antonim Bahasa Melayu merupakan jurnal yang ditulis kerana antonim merupakan tajuk yang digemari oleh para pelajar di sekolah. Kajian ini dilakukan kerana masih kurang penyeldidikan mengenai bahasa Melayu dalam kalnagan pelajar asing yang mempelajari bahasa Melayu di negara lain. Oleh itu, pengkaji telah memberi fokus pada penggunaan antonim bahasa Melayu dalam kalangan para pelajar di Korea. Hal ini kerana para pelajar Korea mengambil beberapa bahasa asing dalam satu-satu masa dan agak sukar bagi mereka untuk mempelajari bahasa Melayu dan bahasa lain. Objektif kajian ini adalah menganal pasti serta membincangkan penggunaan antonim bahasa Melayu dalam kalangan para pelajar Korea. Kajian ini telah menggunakan 12 pelajar Korea yang terdiri dalam kalangan lelaki dan perempuan sebagai sampel kajian di sebuah kelas peringkat awalan di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Responden yang dipilih berumur 20 hingga 28 tahun. Para pelajar telah diberi pendedahan mengenai antonim bahasa Melayu dan mereka telah diberi masa selama 2 minggu bagi membincangkan mengenai 37 set antonim. Hasil daripada kajian mendapati bahawa para pelajar Korea berupaya untuk menjelaskan antonim bahasa Melayu dan mereka berjaya berbincang mengenai antonim ketika dalam kumpulan. Tambahan lagi, para pelajar turut mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menjelaskan makna bagi setiap perkataan dan menggunakan antonim dalam soalan dan ayat.
Penerapan Nilai Sosial Melalui Lakonan Cerita merupakan salah satu cara dalam membantu pelajar-pelajar sindrom Asperger dalam emnjalani kehidupan seharian mereka. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan nilai sosial dalam kalangan kanak-kanak sindrom Asperger. 4 orang kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun telah dipilih untuk menjadi responden dan mereka semua adalah dalam kalangan lelaki. Kanak-kanak yang dipilih adalah dalam kalangan kanak-kanak yang boleh bertutur tetapi tidak boleh menumpukan perhatian yang lama semasa belajar. Kanak-kanak ini juga tidak pandai atau tidak tahu cara bersosial dengan orang lain. 3 cerita sosial telah diperdengarkan kepada kanak-kanak dalam tempoh masa 3 minggu. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga cerita sosial ini dapat membantu kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka. Cerita sosial yang bertemakan terima kasih dan bantu membantu dapat memberikan keyakinan kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan individu lain. Bagi cerita mengani beratur pula menunjukkan disiplin apabila kanak-kanak berhadapan dengan masyarakat luar dan ianya melibatkan keadaan kanak-kanak apabila berhadapan dengan orang lain bagi mendapatkan sesuatu barang. Seterusnya, cerita sosial yang lain berkaitan dengan sikap tolong menolong yang mana cerita ini dapat membantu kanak-kanak untuk bersosial dengan kanak-kanak lain melalui cara tolong-menolong antara satu sama lain. Melalui cara tolong menolong, kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di dunia yang sebenar.
Nilai Murni Dalam Peribahasa Melayu merupakan artikel yang menyentuh mengenai peribahasa yang merupakan salah satu cara penyampaian maklumat dnegan menggunakan bahasa yang halus serta memerlukan pengertian yang mendalam. Pengkaji membuat kajian ini kerana tiada lagi kajian yang dibuat mengenai peribahasa dalam kalangan pelajar asing terutamanya peajar Korea. Justeru, objektif kajian yang ditulis ialah mengenal pasti serta membincangkan jenis peribahasa yang mengandungi nilai murni dalam kalangan pelajar Korea. 60 peribahasa telah diperkenalkan kepada 3 kelas bahsa Melayu-Indonesia di hankuk University of Foreign Studies. 20 periabhasa telah dikenal pasti mempunyai nilai murni dan lebihan 40 peribahasa hanya berkaitan dengan kehidupan seharian. Sampel kajian terdiri daripada 42 orang pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 22 hingga 27 tahun. Responden yang dipilih adalah berbangsa Korea yang mengambil jurusan bahasa Melayu-Indonesia sebagai major di universiti. Kajian yang dibuat mengambil masa selama 3 minggu dan para pelajar telah mengambil bahagian dalam mengolah ayat serta membuat perbincangan di dalam kumpulan. Hasil kajian menunjukkan bahawa para pelajar memahami peribahasa yang diberikan dan mereka dapat mengaitkan peribahasa tersebut di dalam diri serta kehidupan seharian mereka. Nilai-nilai yang terdapat dalam peribahasa dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar Korea memandangkan mereka baru sahaja diperkenalkan dengan peribahasa. Melalui peribahasa, mereka mrngingat kembali mengani kehidupan dan mengaitkannya dengan diri sendiri.
Buku Wacana Bahasa telah banyak menekankan mengenai aspek wacana dalam diri kanak-kanak dan pelajar asing. Buku ini telah memberi gambaran jelas mengenai wacana bahasa. Semua bab mempunyai isi yang tersendiri dan perbahasan yang kritis. Buku ini mempunyai 9 bab yang dapat membantu pengkaji lain dalam membuat kajian mengenai wacana bahasa. Selain itu, pengkaji telah menggunakan banyak sokongan kajian bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian yang diterima. Tambahan lagi, perkara positif yang dapat dilihat pada penulisan penulis ialah penulis berjaya menyampaikan isi-isi yang berkaitan dengan menggunakan ayat yang mudah untuk difahami oleh pembaca. Kekurangan yang dapat dilihat pada buku ini hanyalah berkaitan dengan subjek kajian. Pengkaji banyak menggunakan subjek kajian yang berasal dari Korea dan penulis boleh cuba menggunakan subjek kajian yang berasal daripada negara lain bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih menarik lagi.

BBM 3410:MONTAJ INDIVIDU

Assalamualaikum.

Kali ni, aku nak kongsikan montaj yang aku dah sediakan khas untuk semua kawan-kawan yang sama-sama dalam perjuangan selama hampir 4 tahun ini. Terima kasih kawan!

Ini montaj gambar
Ini montaj Video

Semoga terhibur.

Dec 17, 2015

BBM 3410 : WAWANCARA

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak kongsikan satu video wawancara yang berbeza dengan video-video sebelum ni. Ini video wawancara yang serius (Cara profesional dalam mewawancara seseorang).

Kumpulan aku pilih topik Kuih Tradisional. Dugaan paling besar masa ni adalah aku demam panas. Semua boleh tengok muka aku yang macam kerang busuk dalam video ni. Hahaha.


Nah. boleh lah klik pada link untuk tengok wawancara kumpulan kami. Hee

BBM 3410 : MONTAJ KUMPULAN

Assalamualaikum.

Kali ni Dr Normaliza bagi tugasan untuk buat montaj kumpulan. Kena buat 2 montaj. Satu montaj video, satu lagi montaj gambar. Isi-isi dalam montaj tu kenalah ada kaitan dengan kumpulan dan di sebalik tabir pembikinan semua tugasan yang Dr dah bagi sebelum ni.

Ha! Dah semua gelabah godek balik henfon untuk cari balik gambar-gambar dan video yang ada. Ini lah hasil montaj daripada kumpulan Cik Cun. Sedih plak rasa sebab dah tak ada tugasan yang menarik lagi selepas ini. Almaklum lah. Budak final year. T_T.
Montaj Gambar

Montaj Video


Babai



BBM 3410 : DUBSMASH DAN PARODI

Assalamualaikum.
Lama pulak rasa tak update blog. Maklumlah, sibuk tahap mengalahkan menteri. Heee.

Entry kali ni khas untuk pencinta Dubsmash dan Parodi yang lawak. Cik Cun Production sama-sama berganding bahu bagi menyiapkan Dubsmash lagu yang kami ambil petikan daripada lagu Ziana Zain, Anggapanmu dan Dubsmash cerita daripada petikan cerita Pendekar Bujang Lapok.

Anggapanmu, Ziana Zain. (Jangan kecam aku)


 Pendekar Bujang Lapok. Hee


Untuk parodi pulak. Kami telah membuat parodi daripada cerita Isteri Aku Bukan Tukang Masak dan dijadikan cerita, Mak Aku Bukan Tukang Masak.Tak tahu nak kata lah malunya macam mana masa buat semua ni. Hahahaha.



Semoga Terhibur semua.

Nov 22, 2015

BBM 3410 : PARODY

Asslamualaikum.

Hujung-hujung sem ni, ada lagi tugasan istimewa perlu diselesaikan. Kali ni Dr. Normaliza bagi tugasan untuk buat Parodi pulak. Julung kalinya Cik Cun Production telah memilih cerita "Isteri Aku Bukan Tukang Masak" untuk diparodikan menjadi "Mak Aku Bukan Tukang Masak".

Jom saksikan sama-sama.


Jangan gelak lebih sangat. Sape yang ikuti cerita ni je yang faham macam mana keadaan sebenar. Haha

BBM3410 : KALENDAR

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak kongsikan hasil kalendar yang aku dah siapkan. Aku mula daripada kosong, sampailah ada ilmu sedikit untuk buat kalendar ni. Kalendar yang telah siap penghasilannya menggunakan photoshop dan aku print guna kertas berkilat dan tebal untuk dijadikan kalendar meja.

Sepanjang penghasilan kalendar ini, aku belajar banyak benda dan antaranya ialah :
  1. Sabar
  2. Fokus
  3. Kerajinan
  4. Teliti
Baiklah, aku kongsikan hasil yang dah siap melalui gambar-gambar di bawah ni.






Boleh dah buat kalendar sendiri tiap tahun. Hehe

Nov 15, 2015

BBM 3410 : INSTAGRAM

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak upload gambar-gambar yang Dr Normaliza iaitu pensyarah aku dan like di instagram aku. Hee
Nak makan boat noodle? Mudah saja. Bawa noodle segera makan atas bot. #BBM3410 #harubiruhiduptunggulike #hahahaha

Akar itu sekadar menumpang. #BBM3410 #lenturpokokdariakarnya #eh

Kalau orang cakap tak cantik, abaikan. Yang penting kau nampak cantik. Haha #BBM3410 #apalah motifkausebenarnya


Kau hanya ada dua tangan. Kadangkala kau memerlukan tangan ketiga untuk terus berdiri. #BBM3410 #sikecilkucak

Senyum. Selagi mampu untuk tersenyum. #BBM3410 #manissungguhsenyuman

Ini namanya pokok kelapa. Bukan. Bukan. Bukan. Buah kelapa. #BBM3410 #penatakupanjatsematanakdapatkanshotterbaik #hahaperasan

Akar itu yang menjadi penguat untuk sebatang pokok. #BBM3410 #dahmacammopje

Istimewanya aiskrim ini. Mana kau pergi pun, tetap panggil ini "aiskrim malaysia". #BBM3410 #duapuluhsensebatang

Kau sendiri pilih warna apa yang kau perlu dalam hidup. #BBM3410 #nasiblahbelontakpecahmasamajlis

Longkang mengalir lesu. Eh. #BBM3410 #pandaituanrumahjagalongkang #bersihje

Kulit anda semakin mereput? Silalah pakai baja. #BBM3410 #pokokmereputorangpunbolehmereput

Cukup 10 like yang aku dapat daripada Dr. Terima kasih Dr. Siap dapat extra 1 like lagi. Hehe :)

Oct 26, 2015

BBM 3410 : PERMAINAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum. (Terakhir untuk hari ini)

Tugasan seterusnya ialah khas untuk kanak-kanak sebab ianya fokus untuk permainan sahaja. Kumpulan kami telah memilih untuk membuat cincin menggunakan manik yang sangat comel.
Masa yang diberikan sangat singkat. Mana tak menggigil nak siapkan cincin dengan pantas.

Kali ini video hanya fokus pada tangan.

*Boleh cuba di rumah.

BBM 3410 : FLAT LAY & QUARTER FLAT LAY

Assalamualaikum.

Tugasan seterusnya ialah untuk dapatkan 20 gambar flat lay tentang produk dan 20 gambar quarter flat lay bagi makanan. Produk yang kumpulan kami pilih ialah beg tangan wanita sebabnya kami semua wanita yang cantik dan matang. (Motif sangat)

Untuk makanan pula, sanggup ni berhabis duit untuk makan di Seoul Garden. Semua sebab gambar dan perut. Haha

Nah. Contoh-contoh gambar yang kami ambil.

*Sila jangan terliur.

BBM 3410 : JENIS-JENIS SHOT

Assalamualikum.

Kerjanya asyik update blog je kan? Nak buat macam mana, sudah menjadi tuntutan dalam menuntut ilmu. Hahaha.

Kali ni aku nak kongsikan tentang fotografi pula. Dah muak kan asyik baca pasal video saja.
Kami ini orangnya hebat sebab mampu REDHA dan rela membuat semua kerja yang diberi. Sejujurnya, semua tugasan yang diberi mampu melepaskan tekanan. :)

Baiklah. Ada beberapa jenis sot yang kami belajar.
  1. Long shot (Pemandangan)
  2. Medium shot (Muka nampak jelas atau sekerat sahaja)
  3. Mug shot (Gambar muka atas bahu dan ke atas serta mempunyai ekspresi muka)
  4. Over the shoulder (Separuh badan/Bahu ke atas)
  5. Flat lay
  6. Half flat lay (Kamera 45' daripada meja)
  7. Quarter flat lay (Kamera bawah 45')
  8. Zero flat lay (Kamera betul-betul atas meja/ permukaan rata)
  9. Selfie
  10. Wefie
  11. Ramai-ramai
  12. Full shot
Kami dah muatkan semua gambar ini dalam satu video. Silalah saksikan tanpa rasa segan. Hehe

BBM 3410 : DUA INSAN

Assalamualaikum. (muncul lagi ak dekat sini kan. Hehe)


Baiklah, dapat lagi tugasan baru dan kali ini sangat menguji kreativiti setiap kumpulan.

Dr Normaliza mintak semua kumpulan untuk shoot video tetapi hanya menggunakan satu lagu yang sama. Lagu apa? Tengok tajuk pun dah tahu kan. Mestilah lagu Dua Insan tapi daripada nyanyian M.Nasir & Yunizar Hussien.

Muzik lagu ni sedih, tapi bila teliti lirik, sebenarnya cerita dua orang yang bercinta dan sangat gembira. Itulah namanya seni kan.

Macam-macam lah kami fikir macam mana untuk dapatkan kelainan. Dan we came up with something.
Yang mana situasi sepasang suami isteri meraikan ulang tahun perkahwinan dan dapat hadiah yang sangat besar. Nak tahu lebih lanjut, Nah tengok video dekat bawah ni.


Marilah support kumpulan kami. :)

BBM 3410 : ONE SHOT, THREE LAYER

Assalamualaikum pembuka kata,
Waalaikumussalam penutup kata. (Ok, macam tak kena kan, jadi sila abaikan)

Assalamualaikum semua.

Untuk entry kali ini, aku nak ceritakan satu lagi muzik video khas yang kami telah rakamkan iaitu one shot three layer.
Konsepnya sama macam 2 layer sebelum ini, cuma kali ini ada tiga lapisan dalam satu-satu video.
Semua layer tersebut mempunyai peranan masing-masing.
Contohnya macam kumpulan kami buat, penyanyi di depan. Pelakon jadi second layer dan ada pergerakan kereta api dan kereta di belakang sekali.
Selalunya layer yang ke 3 muncul secara tiba-tiba dalam video.
Kira kalau mata kita ada 3 tempat fokus dalam satu-satu video, maknanya video yang kita tengok tu adalah 3 layer.
Ni Cik Cun Production punya.
 Sila abaikan video yang gelap. Sebabnya masa shooting, jerebu sangat kuat.
*Credit lagu daripada Elyana (Kalis Rindu)

Sekian, Babai.

BBM 3410 : SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum.

Jangan sengih sangat. Kali ini entry khas untuk diri sendiri. Hahaha. Bermanfaat bagi mereka yang ingin lebih mengenali. (Ayat cliche)

Nama aku NUR ANISAH BINTI MOKHTAR dan lebih dikenali sebagai KUMA. berasal daripada NEGERI SEMBILAN tapi sampai sekarang aku tak tahu aku suku mana. Jangan 3 suku dah lah. Hahaha.

Pernah mengaji DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK di UPSI dan sekarang menuntut di UPM dalam jurusan BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU.

Aku ada 5 ORANG adik beradik dan aku anak ke 3 dan merupakan anak yang paling comel. (Bukan perasan, tapi realiti) :)


Betul tak apa aku cakap?

Hehe. Selamat berkenalan semua.

*jangan muntah awal sangat.

Oct 25, 2015

BBM 3410 : ONE SHOT

Assalamualaikum. Salam hamba hulur tanda ingatan. Tetap menyanyi juga. Haha

Kali ini aku nak berkongsi tugasan pertama dalam pembikinan muzik video.

Cun Production (kumpulan aku) dah pun pilih lagu Terima Kasih oleh I am Neeta untuk dinyanyikan (konon-kononnya). Hahaha.

Kali pertama buat video klip, kami menggunakan konsep seperti 1 band sedang membuat persembahan. Ada peraturan untuk buat video tersebut iaitu pembikinannya perlu pada 'one shot' sahaja. Apa itu 'one shot'? Kiranya kita tak boleh alihkan kamera semasa merakam dan kedudukan kamera perlu statik.

Nak tahu? Aku lah penyanyi utama untuk lagu tersebut. (Sila jangan gelak). Nah link bagi sesiapa yang nak tengok.
Sekian, Babai. :)


BBM 3410 : ASAS GRAFIK

Assalamualaikum Dunia, Bangunlah semua. Eh2. Ternyanyi pula. Hee.

Hari ini aku nak kongsikan satu ilmu baru mengenai fotografi.

Ada lima jenis asas grafik.
1. Mudah (Kita terus apa tujuan seseorang ambil gambar)
2. Keseimbangan (Gambar seimbang kiri, kanan, atas dan bawah)
3. Kesesuaian (Adakah gambar sesuai?)
4. Teks (Jenis fon yang digunakan sesuai dengan gambar)
5. Warna (Menarik atau tidak)

Nama Kumpulan Kami

Warna

Mudah

Keseimbangan

Kesesuaian

Teks
Semoga bermanfaat untuk semua.
* Hasil gambar diambil daripada majalah ANIS.

Oct 12, 2015

BBM 3410 : AMALI MULTIMEDIA

Kembali untuk hidupkan blog.

Minggu ini perlu buat blog. jadi, aku guna blog yang lama saja untuk keperluan kursus ini.

Selamat Kembali dan Selamat Berkenalan.

:)

Sep 8, 2013

Sahabat

Maaf sahabat. 
Tidak semua buat kau rasa gembira. 

Maaf sahabat.
Tidak semua cerita mampu ku beri.

Maaf sahabat.
Tidak semua memori mampuku kongsi.

Maaf sahabat.
Rasa ini cuma rahsia.