Assalamualaikum W.B.T.
Baiklah, kali ni aku akan berkongsi pengalaman dan cerita di sebalik kelas Bahasa dalam Multimedia (BBM 3410). Banyak perkara yang aku nak kongsikan. Pada mulanya, aku boleh pilih nak kelas yang mana, tapi disebabkan tak nak kelas terlalu pagi, jadi aku pilih kelas Dr. Normaliza. Hahaha (muka malas mandi pagi). Kalau ikutkan pengalaman sebelum ni, ada jugak kelas dengan Dr. Normaliza, tapi untuk kelas penyeledikan sebelum ni, sangat menakutkan. Jadi aku redah je lah masuk kelas multimedia kali ni.
Tup.tup masuk je kelas, Dr sangat berbeza masa kelas penyelidikan. Mula-mula je dah rasa seronok. Walaupun memang dah diberi amaran akan dapat banyak kerja (kata Dr banyak praktikal). Hahaha. Masa kelas pertama, dah dapat arahan untuk bawak barang-barang pada kelas minggu depannya. Memang setiap minggu Dr bagi kerja kumpulan, dengan kalendar lagi (stress mak nak). Tapi, sebab semua kerja yang Dr bagi tu lah, aku belajar banyak benda dan akhirnya aku dah pandai buat kalendar dan video. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak sentuh benda2 yang melibatkan multimedia ni. Benda yang aku paling perasan ialah, aku menjadi semakin yakin dan semakin tak tahu malu (tak malu yang dibenarkan lah). Tak sangka plak aku ni kreatif jugak setiap kali kena siapkan video. Ecececeh.
Banyak benda yang aku dapat selama kelas multimedia ni. Kebanyakan tugasan Dr bagi dalam kumpulan. Biasalah kan kalau dalam satu kumpulan tu ada berselisih pendapat. tapi sebab perselisihan tu lah yang mengajar aku macam mana untuk menerima kritikan dan pendapat orang lain. (Bukan kena ikut kepala aku je). Aku percaya, kawan-kawan aku mesti macam marah dengan aku, sebab aku ni sangat tekankan disiplin. Hahaha. Nasib lah semua berjalan lancar. Maaf ya kawan-kawan sebab perangai aku ni.
Akhir sekali, terima kasih Dr untuk semua pengalaman yang Dr dah kongsikan dengan kami. Saya happy masa dalam kelas Dr dan boleh hilang stress masa belajar dengan Dr.
:)
contohilah bintang yang bercahaya..dan jangan takut dengan malam yang gelap gelita..
Click sini
Dec 20, 2015
BBM 3410: LEARNING THROUGH BLOG WRITING
Buku Learning Through Blog
Writing telah ditulis oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2014 dan telah
diterbitkan daripada Penerbit UTM. Penulisan blog telah menjadi medium yang
sangat popular dalam kalangan remaja pada masa ini. Melalui penulisan blog,
para pelajar dapat berkongsi budaya, pemikiran dan pengalaman mereka bersama
orang lain. Oleh itu, penulis telah mengulas mengenai blog dengan lebih
mendalam.
Blog ialah perbincangan yang
dilakukan dalam bentuk tulisan rasmi atau tidak rasmi. Blog boleh digunakan
secara peribadi atau bagi tujuan perniagaan untuk membuat promosi atau
mengiklankan sesuatu produk. Blog ini merupakan satu medium komunikasi yang
mesra pengguna kerana ianya dapat menjadi media penghubung kepada individu
lain. Para pelajar boleh menggunakan blog bagi menulis tentang diri mereka dan
menjadikan blog sebagai diari harian mereka dan mereka boleh menulis blog dalam
apa-apa bahasa sekali pun. Penulisan blog boleh membentuk pemikiran seseorang
menjadi lebih kreatif dan memberikan motivasi. Para pelajar yang mempunyai blog
berasa selesa menulis dalam blog kerana blog boleh menjadi privasi untuk dibaca
oleh pelajar tersebut atau dibaca oleh orang lain. Mereka boleh memilih pautan
mana yang ingin dilakukan. Blog merupakan satu medium yang digunakan oleh
seseorang untuk menulis mengikut pemikiran masing-masing kerana tiada peraturan
yang perlu diikuti. Dalam buku Learning Through Blog Writing, penulis memberi
fokus pada pelajar universiti dan kolej. Blog dapat memberi peluang kepada
pelajar untuk berkomunikasi dan mereka mampu meningkatkan keyakinan semasa
berkomunikasi.
Studies on Blog Writing
merupakan topik yang membincangkan mengenai semua sorotan kajian tentang blog.
Antara kajian-kajian yang telah dipilih ialah daripada Cisco Public Information
pada tahun 2008 yang mendapati bahawa pembelajarn melalui media mempunyai
kebaikan dan ianya dapat memberi motivasi yang tinggi serta impak yang hebat
dalam hasil pembelajaran kepada pelajar (Normaliza Abd Rahim, 2011:2014).
Kajian ini disokong oleh Comlab India for Effective Learning pada tahun 2012
yang mengatakan bahwa terdapat hubungan yang positif dan negatif dalam
peggunaan media dalam pembelajaran. Sehubungan itu, para pelajar boleh menulis
blog dan menicipta penulisan mengenai blog mereka secara tersendiri (Normaliza Abd
Rahim, 2008). Oleh itu, Ruzy Suliza Hashim (2007) dalam kajiannya mendapati
blog telah menjadi medium yang popular bagi meluaskan idea kerana beliau telah
membuat kajian terhadap dua orang wanita dan didapati mereka banyak menulis
dalam blog. Justeru, penulisan blog dapat membentuk keyakinan diri pada diri
seseorang individu (Nadzrah Abu Bakar et al, 2010). Kajian ini disokong oleh
Sithaletchemy Krishnaiyer et al pada tahun 2012 yang menunjukkan bahawa para
pelajar mampu memberi tindak balas yang positif dalam pembelajaran dan mereka
telah menulis hasil pembelajaran dalam blog mereka sendiri. Hal ini telah
disokong juga oleh Nadzrah Abu Bakar dan kemboja Ismail pada tahun 2009 yang
mendapati penulisan blog merupakan satu medium bagi pelajar untuk berkongsi
idea mereka dan melalui penulisan blog, pelajar lebih bermotivasi karana
persekitaran pembelajaran menjadi lebih baik.
Kajian Perspective Towards
Blog Learning memberi fokus pada perspektif para pelajar terhadap pembelajarn
blog. Objektif kajian ini ialah menganl pasti dan membincangkan jenis-jenis
penulisan yang dipilih oleh pelajar semasa menulis blog. Sampel kajian ini
adalah terdiri daripada 60 orang pelajar lelaki dan perempuan dari kelas bahasa
Melayu di University of Hankuk, Korea. Subjek kajian yang dipilih adalah dalam
kalangan mereka yang sudah mempunyai pengalaman dalam penulisan blog pada
semester lepas. Subjek telah diberikan satu set soal selidik dan ditemu bual
berdasarkan pendapat mereka mengenai pembelajaran blog. Dalam kajian ini,
pengkaji telah menganalisis wacan ayang dituturkan dan aianya merujuk pada
kajian organisasi sesuatu bahasa terhadap penyataan dan klausa. Dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa analisis wacana sangat penting dalam penggunaan bahasa.
Analisis wacana banyak digunakan dalam konteks sosial dan menerusi beberapa
interaksi mahupun dialog yang dituturkan dalam kalangan penutur.
Seterusnya, pada bab Writing
in Blog to Enhance Learning, pengkaji telah memberi fokus pada penulisan para
pelajar dalam blog. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti dan membincangkan
kandungan penulisan blog dalam kalangan para pelajar. Kajian ini telah
melibatkan 11 subjek responden yang mengambil kursus Bahasa dalam Multimedia.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar berasa sangat gembira dengan
tugasan yang telah diberikan. Selain itu, melalui blog, para pelajar dapat
berkongsi pengalaman mereka bersama orang lain, berkongsi perasaan yang dialami
dalam diri dan mereka dapat berkongsi tips-tips penulisan blog semasa di dalam
kelas.
Kemudian, dalam bab Autumn
Stories in Blog Writing telah memberi fokus pada penulisan para pelajar dalam
blog. Kajian ini telah melibatkan seramai 6 orang pelajar perempuan
antarabangsa yang belajar dalam bidang bahasa Melayu di University of Hankuk,
Korea. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa penulisan para pelajar dalam
blog banyak mengisahkan mengenai kisah hidup mereka sendiri dan cerita yang
ingin dikongsikan bersama orang lain. Selain itu, para pelajar banyak berkongsi
pengalaman dan perasaan mereka mengenai musim luruh yang dialami. Tambahan
lagi, para pelajar telah berjaya mengaplikasikan kata kerja dan kata adjektif
yang dipelajari semasa dalam kelas. Akhir sekali, para pelajar juga dapat
menulis cerita berdasarkan pengalaman mereka semasa musim luruh di dalam blog
masing-masing.
Dalam bab 6 iaitu Blog as
Media Learning Language and Literature, pengkaji telah memberi fokus pada blog
sebagai media pembelajaran bagi bahasa dan juga sastera. Objektif kajian ini
adalah bagi menegnal pasti dan menganalisis fungsi blog sebagai salah satu medium
pembelajaran bahasa dalam bahasa Melayu dan sastera Melayu dalam kalangan
pelajar Korea. Responden kajian ini terdiri alam kalangan 18 orang pelajar
kursus bahasa dalam multimedia yang telah belajar dalam bidang bahasa asing di
University of Hankuk, Korea. Para pelajar telah diminta untuk menulis dan
mengemaskini blog mereka setiap hari selama 3 minggu. Para pelajar bebas
menulis mengenai topuk yang diingini dengan syarat mereka perlu menulis dalam
bahasa Melayu. Keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar
telah menjadikan blog sebagai suatu tempat bagi meluahkan perasaan dan berkongsi
bakat penulisan mereka. Tambahan lagi, para pelajar telah menjadikan blog
sebagai media pembelajaran untuk mempelajari bahasa dan sastera. Mereka telah
menulis blog mereka dalam bahasa Melayu dan mampu menghasilkan karya sastera
yang berkaitan dengan suasana semasa dalam kelas. Para pelajar juga telah
menunjukkan keyakinan mereka dan berbakat dalam sastera Melayu. Selain itu,
kajian ini menunjukkan bahawa blog telah digunakan untuk menghilangkan tekanan
dan ianya dapat membuka peluang kepada media elektronik untuk digunakan dalam
pembelajaran.
Lets Start Blogging telah
membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum melakukan
penulisan dalam blog. Sebelum menulis sesebuah blog, individu perlu mempunyai
akaun blog terlebih dahulu dan perlu ada akaun emel yang sah. Oleh itu,
pengkaji telah menunjukkan cara-cara membuat akaun emel menerusi Gmail yang
perlu bermula dengan mengisi maklumat yang diperlukan dalam laman web gmail
sehingga berjaya mempunyai akaun gmail. Kemudian, pengkaji juga telah
menunjukkan cara bagi mendaftar akaun blog dengan menggunakan akaun gmail yang
telah dibuat. Pendaftaran akaun blog telah ditunjukkan secara terperinci
melalui gambar screen shot sehingga pembaca berjaya didaftarkan. Tambahan lagi,
pengkaji juga telah menunjukkan cara untuk menulis dalam blog sendiri.
Seterusnya, pengkaji juga telah menunjuk cara menyusun layout dalam blog dan
menambah gajet yang diperlukan dalam blog. Selain itu, dalam bab ini juga,
pengkaji turut mengajar pembaca membaut blog daripada wordpress dengan bermula
daripada masuk ke laman wordpress dan mendaftar akaun sehingga pada pemilihan
tema, gajet, berkongsi blog dalam twitter dan facebook serta cara kongsi media
dalam blog wordpress.
Akhir sekali, dalam Ethics
in Blog Writing, penulis telah menggariskan etika yang perlu diikuti oleh
penulis semasa menulis entry dalam blog. Terdapat 10 etika yang perlu diikuti.
Pertama, penulis perlukan memilih perkataan yang sesuai untuk dibaca oleh semua
peringkat umur. Kedua, apabila menulis sesuatu ayat penulis perlu pastikan yang
ayat tersebut mudah untuk difahami. Ketiga, tatabahasa yang digunakan dalam
blog perlu sesuai dan mematuhi peraturan bahasa. Keempat, penulis dilarang
untuk menyentuh isu sesistiviti sesuatu agama. Kelima, apabila menulis sesuatu
yang sulit, tidak digalakkan untuk membincangkan isu sensitif sesesbuah parti
politik. Keenam, elakkan penggunaan perkataan yang kasar. Ketujuh, tidak
dibenarkan menulis entry yang mengugut dan mengancam orang lain. Kelapan,
elakkan penulisan sesebuah entry yang tidak dipastikan kesahihan maklumatnya,
penulis perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis. Kesembilan,
letakkan kredit pada gambar yang dikongsi supaya gambar tersebut tidak diambil
oleh orang lain. Akhir sekali, semasa menulis tentang teori dan kajian,
pastikan bahawa penulis telah banyak membaca dan membuat kajian terdahulu
supaya isi yang ditulis boleh dipercayai.
Buku ini merupakn sebuah
buku yang sangat bagus kerana telah mengupas isu media blog dengan sangat
mendalam dan mudah difahami oleh pembaca. Melalui perkongsian penulis mengenai
tips-tips penulisan blog, pembaca boleh menaik taraf blog yang ada dengan lebih
baik. Selain itu, penulis telah menggunakan banyak kajian orang lain bagi
menguatkan lagi isi yang ingin disampaikan. Tambahan lagi, penulis telah
menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami oleh pembaca walaupun ianya
diterangkan dalam bahasa Inggeris.
BBM 3410 :WACANA BAHASA
Buku Wacana Bahasa merupakan
sebuah buku yang telah ditulis oleh Normaliza Abd Rahim dan diterbitkan oleh
Penerbit UMT pada tahun 2014. Buku Wacana Bahasa banyak membincangkan mengenai
isu-isu yang berkaitan dengan pelajar asing. Terdapat 9 bab dalam buku ini.
Teater kanak-kanak merupakan
artikel yang membincangkan mengenai pandangan anak-anak yatim terhadap teater
kanak-kanak. Kajian dibuat setelah kanak-kanak menonton teater dan kemudian
mereka membuat perbincangan dalam kumpulan yang kecil. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenal pasti pandangan anak-anak yatim yang menonton teater
fantasi dan menganalisis persepsi anak-anak yatim dalam perbincangan bersama
dengan rakan-rakan lain. Responden kajian ini adalah seramai 80 orang pelajar
yang berumur 4 hingga 14 tahun yang bertempat di sebuah rumah anak yatim di
Selangor. Satu persembahan teater fantasi telah dipersembahkan yang berdurasi
selama 45 minit dan ianya mengisahkan fantasi seorang budak perempuan yang
bernama Dahlia di alam fantasi. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar memperoleh
keyakinan diri, memberikan ruang kreativiti yang lebih luas dalam diri pelajar
serta memberi kanak-kanak peluang untuk berfikiran secara lebih kritis. Hal ini
menunjukkan bahawa melalui persembahan teater dapat membantu kanak-kanak untuk
menajdi seorang yang lebih aktif. Selain itu, melalui cara ini dapat memberikan
ruang kepada anak yatim yang selama ini berdiam diri dengan kekurangan mereka
untuk memebrikan pendapat.
Penggunaan media teknologi
telah membincangkan mengenai galakan pembelajaran secara berkumpulan dengan
menggunakan teknologi media. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti
langkah-langkah serta membincangkan analisis perbualan pelajar dalam membuat
aktiviti Satu Shot Klip Video. Kajian ini melibatkan 37 orang pelajar
yang menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam kursus Kesusateraan dalam
Multimedia. Para pelajar diberikan tugasan bagi menyiapkan satu video klip yang
menggunakan teknik satu shot dengan menggunakan satu lagu Melayu. Dapatan
menunjukkan bahawa melalui aktiviti yang telah diberikan, para pelajar
bertindak dengan begitu aktif bagi menyiapkan tugasan tersebut dan memainkan
peranan masing-masing di dalam kumpulan walaupun berlaku pelbagai perselisihan.
Namun begitu, walaupun para pelajar mempunyai pengalaman membuat tugasan yang
hampir sama dalam kumpulan, mereka masih berdedikasi untuk menyiapkan tugasan
tersebut kerana beranggapan yang tugasan ini perlu diberikan lebih perhatian
serta tumpuan. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa para pelajar
mempunyai keyakinan diri yang tinggi semasa melakukan aktiviti dan mereka
berjaya mengendalikan aktiviti dalam kumpulan dengan memberi dan menerima
pendapat daripada orang lain.
Penulisan papan cerita
merupakan kajian yang berkaitan antara pantun dan multimedia. Objektif kajian
ini ialah mengenal pasti langkah penyediaan papan cerita dan menganalisis
perbualan subjek semasa proses penyediaan papan cerita. Sampel kajian seramai
30 orang pelajar Sastera Melayu yang menuntut di Universiti Putra Malaysia.
Sampel kajian dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil dan dikehendaki menyediakan
langkah-langkah bagi menulis papan cerita dan kemudian menerbitkan pantun yang
disiapkan dengan berpandukan papan cerita. Hasil kajian mendapati bahawa subjek
mempunyai keyakinan yang tinggi dalam penulisan papan cerita pantun dua kerat
setelah mendapat keputusan mengenai tema yang ingin digunakan. Selain itu,
subjek juga telah menunjukkan minat yang tinggi dalam pembuatan pantun serta
subjek dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan melalui perbualan mereka dalam
kumpulan. Hal ini kerana, subjek banyak bertanya soalan semasa dalam kumpulan
dan mereka memberikan pandangan masing-masing semasa perbincangan.
Pantun Melayu merupakan
artikel yang mengupas mengenai keunikan pantun Melayu moden dan tradisional.
Objektif kajian yang dibuat ialah mengenal pasti jenis makna pantun dan
membincangkan ujaran oleh pelajar mengenai pantun dalam kalangan pelajar Korea
di hankuk University of Foreign Studies. Kajian ini telah memberi fokus
pada analisis wacana interaksi pelajaa dalam kumpulan kceil semasa melakukan
perbincangan dan perbualan mengenai pantun. Kajian ini telah melibatkan seramai
18 orang pelajar Korea lelaki dan juga perempuan. Responden yang dipilih adalah
dalam kalangan umur 22 tahun hingga 28 tahun dan mengambil kursus perbandingan
sastera Melayu dan Indonesia. Antara pantun yang telah dibincangkan ialah
pantun nasihat, kasih sayang, pengajaran dan seloka. Hasil daripada kajian
menunjukkan bahawa para pelajar mampu mengenal pasti jenis pantun yang
diberikan kepada mereka. Mereka dapat membincangkan pantun nasihat, pengajaran,
kasih sayang dan pantun kanak-kanak dengan baik sekali dalam kumpulan. Dapatan
ini menunjukkan bahawa pelajar korea mampu memahami makna setiap pantun yang diberikan
walaupun ianya merupakan teks puisi lama.
Sajak Melayu merupakan
artikel yang membincangkan mengenai keunikan sajak Melayu yang berada pada
genre Kesusateraan Mleayu dan mempunyai keunikan tersendiri. Objektif kajian
ini adalah untuk menganalisis perbualan pelajar dalam membincangkan dua buah
sajak oleh A. Samad Said iaitu Jika dan Waris Bertuah. Responden kajian ini
terdiri daripada 10 orang subjek yang belajar dalam kursus Kesusasteraan
Kontemporari di hankuk University of Foreign Studies, korea. Para pelajar telah
diberikan sebanyak dua buah sajak yang ditulis oleh A. Samad Said untuk
dibincangkan. Para pelajar telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan kecil dan
mereka dikehendaki untuk memahami serta membuat perbincangan dalam kmpulan
mengenai sajak-sajak tersebut. Dapatan daripada perbincangan tersebut mendapati
bahawa para pelajar telah berupaya untuk memberikan maksud bagi sajak-sajak
yang telah diberikan. Para pelajar telah berbincang dalam kumpulan dan akhirnya
mereka bersetuju dengan makna yang telah diberikan. Melalui perbincangan, para
pelajar dapat memberikan keyakinan semasa menjelaskan mengenai sajak Melayu
moden dan seterusnya mereka dapat memberikan keyakinan terhadap perbincangan
secara lebih telus kerana mereka juga turut menerima kritikan mengenai sajak
mereka daripada kumpulan yang lain.
Kata kerja dalam cerita
binatang merupakan sebuah artikel yang telah membincangkan mengenai penggunaan
kata kerja dalam kalangan pelajar sindrom Asperger. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti kata kerja serta menganalisis perbualan pelajar sindrom Asperger
di dalam kumpulan. Subjek kajian ialah para pelajar yang berumur 7 hingga 9
tahun dan mempunyai sindrom Asperger. Para pelajar telah diperdengarkan dengan
cerita binatang selama dua minggu dan mereka perlu memberikan pandangan
terhadap cerita yang telah didengari. Para pelajar telah berusaha menggunakan
kata kerja semasa sesi bercerita dan mereka berjaya menjalankan aktiviti
bercerita tersebut. Hasil daripada kajian ini mendapati para pelajar sindrom
Asperger sangat berminat dengan aktiviti yang telah dijalankan di dalam kelas
dan mereka dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran dengan
mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dirancang di dalam kelas. Selain
itu, didapati bahawa para pelajar mempunyai tahap keyakinan yang tinggi tentang
aktiviti bercerita kerana mereka boleh menyebut semula kata kerja yang terdapat
dalam cerita binatang.
Jurnal Antonim Bahasa Melayu
merupakan jurnal yang ditulis kerana antonim merupakan tajuk yang digemari oleh
para pelajar di sekolah. Kajian ini dilakukan kerana masih kurang penyeldidikan
mengenai bahasa Melayu dalam kalnagan pelajar asing yang mempelajari bahasa
Melayu di negara lain. Oleh itu, pengkaji telah memberi fokus pada penggunaan
antonim bahasa Melayu dalam kalangan para pelajar di Korea. Hal ini kerana para
pelajar Korea mengambil beberapa bahasa asing dalam satu-satu masa dan agak
sukar bagi mereka untuk mempelajari bahasa Melayu dan bahasa lain. Objektif
kajian ini adalah menganal pasti serta membincangkan penggunaan antonim bahasa
Melayu dalam kalangan para pelajar Korea. Kajian ini telah menggunakan 12
pelajar Korea yang terdiri dalam kalangan lelaki dan perempuan sebagai sampel
kajian di sebuah kelas peringkat awalan di Hankuk University of Foreign
Studies, Korea. Responden yang dipilih berumur 20 hingga 28 tahun. Para pelajar
telah diberi pendedahan mengenai antonim bahasa Melayu dan mereka telah diberi
masa selama 2 minggu bagi membincangkan mengenai 37 set antonim. Hasil daripada
kajian mendapati bahawa para pelajar Korea berupaya untuk menjelaskan antonim
bahasa Melayu dan mereka berjaya berbincang mengenai antonim ketika dalam
kumpulan. Tambahan lagi, para pelajar turut mempunyai keyakinan yang tinggi
dalam menjelaskan makna bagi setiap perkataan dan menggunakan antonim dalam
soalan dan ayat.
Penerapan Nilai Sosial
Melalui Lakonan Cerita merupakan salah satu cara dalam membantu pelajar-pelajar
sindrom Asperger dalam emnjalani kehidupan seharian mereka. Objektif kajian ini
ialah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan nilai sosial dalam kalangan
kanak-kanak sindrom Asperger. 4 orang kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12
tahun telah dipilih untuk menjadi responden dan mereka semua adalah dalam
kalangan lelaki. Kanak-kanak yang dipilih adalah dalam kalangan kanak-kanak
yang boleh bertutur tetapi tidak boleh menumpukan perhatian yang lama semasa
belajar. Kanak-kanak ini juga tidak pandai atau tidak tahu cara bersosial
dengan orang lain. 3 cerita sosial telah diperdengarkan kepada kanak-kanak
dalam tempoh masa 3 minggu. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga
cerita sosial ini dapat membantu kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka.
Cerita sosial yang bertemakan terima kasih dan bantu membantu dapat memberikan
keyakinan kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan individu lain. Bagi
cerita mengani beratur pula menunjukkan disiplin apabila kanak-kanak berhadapan
dengan masyarakat luar dan ianya melibatkan keadaan kanak-kanak apabila
berhadapan dengan orang lain bagi mendapatkan sesuatu barang. Seterusnya,
cerita sosial yang lain berkaitan dengan sikap tolong menolong yang mana cerita
ini dapat membantu kanak-kanak untuk bersosial dengan kanak-kanak lain melalui
cara tolong-menolong antara satu sama lain. Melalui cara tolong menolong,
kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di dunia yang sebenar.
Nilai Murni Dalam Peribahasa
Melayu merupakan artikel yang menyentuh mengenai peribahasa yang merupakan
salah satu cara penyampaian maklumat dnegan menggunakan bahasa yang halus serta
memerlukan pengertian yang mendalam. Pengkaji membuat kajian ini kerana tiada
lagi kajian yang dibuat mengenai peribahasa dalam kalangan pelajar asing
terutamanya peajar Korea. Justeru, objektif kajian yang ditulis ialah mengenal
pasti serta membincangkan jenis peribahasa yang mengandungi nilai murni dalam
kalangan pelajar Korea. 60 peribahasa telah diperkenalkan kepada 3 kelas bahsa
Melayu-Indonesia di hankuk University of Foreign Studies. 20 periabhasa telah
dikenal pasti mempunyai nilai murni dan lebihan 40 peribahasa hanya berkaitan
dengan kehidupan seharian. Sampel kajian terdiri daripada 42 orang pelajar
lelaki dan perempuan yang berumur 22 hingga 27 tahun. Responden yang dipilih
adalah berbangsa Korea yang mengambil jurusan bahasa Melayu-Indonesia sebagai
major di universiti. Kajian yang dibuat mengambil masa selama 3 minggu dan para
pelajar telah mengambil bahagian dalam mengolah ayat serta membuat perbincangan
di dalam kumpulan. Hasil kajian menunjukkan bahawa para pelajar memahami
peribahasa yang diberikan dan mereka dapat mengaitkan peribahasa tersebut di
dalam diri serta kehidupan seharian mereka. Nilai-nilai yang terdapat dalam
peribahasa dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar Korea
memandangkan mereka baru sahaja diperkenalkan dengan peribahasa. Melalui
peribahasa, mereka mrngingat kembali mengani kehidupan dan mengaitkannya dengan
diri sendiri.
Buku Wacana Bahasa telah
banyak menekankan mengenai aspek wacana dalam diri kanak-kanak dan pelajar
asing. Buku ini telah memberi gambaran jelas mengenai wacana bahasa. Semua bab
mempunyai isi yang tersendiri dan perbahasan yang kritis. Buku ini mempunyai 9
bab yang dapat membantu pengkaji lain dalam membuat kajian mengenai wacana
bahasa. Selain itu, pengkaji telah menggunakan banyak sokongan kajian bagi
mengukuhkan lagi dapatan kajian yang diterima. Tambahan lagi, perkara positif
yang dapat dilihat pada penulisan penulis ialah penulis berjaya menyampaikan
isi-isi yang berkaitan dengan menggunakan ayat yang mudah untuk difahami oleh
pembaca. Kekurangan yang dapat dilihat pada buku ini hanyalah berkaitan dengan
subjek kajian. Pengkaji banyak menggunakan subjek kajian yang berasal dari
Korea dan penulis boleh cuba menggunakan subjek kajian yang berasal daripada
negara lain bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih menarik lagi.
BBM 3410:MONTAJ INDIVIDU
Assalamualaikum.
Kali ni, aku nak kongsikan montaj yang aku dah sediakan khas untuk semua kawan-kawan yang sama-sama dalam perjuangan selama hampir 4 tahun ini. Terima kasih kawan!
Kali ni, aku nak kongsikan montaj yang aku dah sediakan khas untuk semua kawan-kawan yang sama-sama dalam perjuangan selama hampir 4 tahun ini. Terima kasih kawan!
Ini montaj gambar
Ini montaj Video
Semoga terhibur.
Dec 17, 2015
BBM 3410 : WAWANCARA
Assalamualaikum.
Kali ni aku nak kongsikan satu video wawancara yang berbeza dengan video-video sebelum ni. Ini video wawancara yang serius (Cara profesional dalam mewawancara seseorang).
Kumpulan aku pilih topik Kuih Tradisional. Dugaan paling besar masa ni adalah aku demam panas. Semua boleh tengok muka aku yang macam kerang busuk dalam video ni. Hahaha.
Nah. boleh lah klik pada link untuk tengok wawancara kumpulan kami. Hee
Kali ni aku nak kongsikan satu video wawancara yang berbeza dengan video-video sebelum ni. Ini video wawancara yang serius (Cara profesional dalam mewawancara seseorang).
Kumpulan aku pilih topik Kuih Tradisional. Dugaan paling besar masa ni adalah aku demam panas. Semua boleh tengok muka aku yang macam kerang busuk dalam video ni. Hahaha.
Nah. boleh lah klik pada link untuk tengok wawancara kumpulan kami. Hee
BBM 3410 : MONTAJ KUMPULAN
Assalamualaikum.
Kali ni Dr Normaliza bagi tugasan untuk buat montaj kumpulan. Kena buat 2 montaj. Satu montaj video, satu lagi montaj gambar. Isi-isi dalam montaj tu kenalah ada kaitan dengan kumpulan dan di sebalik tabir pembikinan semua tugasan yang Dr dah bagi sebelum ni.
Ha! Dah semua gelabah godek balik henfon untuk cari balik gambar-gambar dan video yang ada. Ini lah hasil montaj daripada kumpulan Cik Cun. Sedih plak rasa sebab dah tak ada tugasan yang menarik lagi selepas ini. Almaklum lah. Budak final year. T_T.
Kali ni Dr Normaliza bagi tugasan untuk buat montaj kumpulan. Kena buat 2 montaj. Satu montaj video, satu lagi montaj gambar. Isi-isi dalam montaj tu kenalah ada kaitan dengan kumpulan dan di sebalik tabir pembikinan semua tugasan yang Dr dah bagi sebelum ni.
Ha! Dah semua gelabah godek balik henfon untuk cari balik gambar-gambar dan video yang ada. Ini lah hasil montaj daripada kumpulan Cik Cun. Sedih plak rasa sebab dah tak ada tugasan yang menarik lagi selepas ini. Almaklum lah. Budak final year. T_T.
Montaj Gambar
Montaj Video
Babai
BBM 3410 : DUBSMASH DAN PARODI
Assalamualaikum.
Lama pulak rasa tak update blog. Maklumlah, sibuk tahap mengalahkan menteri. Heee.
Entry kali ni khas untuk pencinta Dubsmash dan Parodi yang lawak. Cik Cun Production sama-sama berganding bahu bagi menyiapkan Dubsmash lagu yang kami ambil petikan daripada lagu Ziana Zain, Anggapanmu dan Dubsmash cerita daripada petikan cerita Pendekar Bujang Lapok.
Untuk parodi pulak. Kami telah membuat parodi daripada cerita Isteri Aku
Bukan Tukang Masak dan dijadikan cerita, Mak Aku Bukan Tukang Masak.Tak tahu nak kata lah malunya macam mana masa buat semua ni. Hahahaha.
Semoga Terhibur semua.
Lama pulak rasa tak update blog. Maklumlah, sibuk tahap mengalahkan menteri. Heee.
Entry kali ni khas untuk pencinta Dubsmash dan Parodi yang lawak. Cik Cun Production sama-sama berganding bahu bagi menyiapkan Dubsmash lagu yang kami ambil petikan daripada lagu Ziana Zain, Anggapanmu dan Dubsmash cerita daripada petikan cerita Pendekar Bujang Lapok.
Anggapanmu, Ziana Zain. (Jangan kecam aku)
Pendekar Bujang Lapok. Hee
Semoga Terhibur semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)