Click sini

Jul 30, 2012

BAB 49 : Ujian

Jangan lah sakit lagi.


Kuat. Kuat. Kuat.

Banyakkan berdoa Anisah. :)

Jul 27, 2012

BAB 48 : Keliru Lagi

Allah. Benarkah jalan yang dipilih ini?
Ikhlaskah aku? Atau sekadar ingin membalas dendam. Beriku jawapan.

Kaku dan lemah dengan soalan.

Maaf. :'(

Jul 20, 2012

BAB 47 : Mak

Hampir sebulan kejadian itu berlaku. Macam-macam yang difikirkan. Otak ligat berfikir untuk mendapatkan jawapan. Maaf mak. Buat mak risau. Macam-macam dah mak bagi ubat. Suruh baca doa nie. Tawar air nie. Aku tahu mak risau. Aku? Hanya mampu doa. Semoga Allah jaga diri ini.

Petang tu.
Mak : Kak Lang tak nak cuba lagi?
Aku : Tak nak mak. Kak Lang dah cuba sebelum nie. Tapi dapat malu je. Kalau orang dah buang kita. Biarkan je lah. Allah bagi pinjam kejap je. Dah masa nak kena pulangkan semula.

Terima kasih mak! Insya Allah. Kak Lang ok :)

Jul 19, 2012

BAB 46 : Kenangan Lama

Terdengar telefon rumah berbunyi. Tiba-tiba air mata mengalir. Teringat. Ayah call. "Kak Lang tutup tv. Pegi tidur cepat. Esok nak pergi sekolah, lambat bangun nanti." 

:'( Selalu dapat panggilan mcm nie dulu. Sebelum tidur. Ayah dalam bilik. Aku duduk luar tengok tv. 

*Bacaan yaasin untuk ayah hari nie.

Jul 18, 2012

BAB 45 : Selamat Hari Lahir

Salam Sahabat Cinta.


Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan cuba menjatuhkan. Awak berjaya buat saya jatuh. Terima kasih mak. Mak bagi telekung baru birthday kali nie. Hehe. So special. :)


Terima Kasih Allah. Alhamdulillah.

Jul 14, 2012

BAB 44 : Istikharah

Salam Sahabat Cinta.

Sebelum apa-apa keputusan diambil.





Jul 13, 2012

BAB 43 : Berada Pada jalan Ini

Salam Sahabat Cinta.

Bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira titis air matamu.

Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu.
Bila engkau kebuntuan akal, 
maka Allah adalah penunjuk jalan.
Apabila engkau telah berazam,
maka bertawakallah kepada Allah.


Jul 11, 2012

BAB 42 : Never Give Up


"Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu serta tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) di samping bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung"
(Ali-'Imran, 200)

* Apa pun jawapan yang bakal diterima esok. Bersedia. Jangan sesekali berputus asa dengan Allah. 

BAB 41:Cinta Pertama. Hirisan Pertama

Salam Sahabat Cinta.
 "Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."
 [Al-Imran:120]

Bila hati hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, diri sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hati dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang-orang yang beriman. Hidup di dunia sekejap sahaja, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...so pilih, nak susah sekejap kat dunia or nak susah selamanya di akhirat? semuanya di tangan kita.


" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
 [Al-Baqarah: 212]