
Jangan sesekali mengeluh dan memprotes jika menghadapi kesusahan kerana kita telah pun menikmati kesenangan yang lebih lama..
Abdullah bin Umar bin Khattab r.a meriwayatkan hadis yang menceritakan tentang tiga lelaki yang terperangkap di dalam gua kerana pintu gua itu tiba-tiba tertutup kerana ada batu yang jatuh dari gunung.ketika itulah mereka berdoa sambil bertawakal daripada ALLAH supaya diselamatkan dari bencana ini.
setiap seorang dari mereka berdoa dan bertawasul dengan cara memberitahu amal soleh yang pernah mereka lakukan pada masa lampau.Apabila orang pertama selesai bertawasul,lantas orang yang kedua bertawasul:
"Ya ALLAH,aku mempunyai sepupu wanita yang sangat aku cintai"-menurut riwayat lain"......aku menyukainya sebagaimana seorang lelaki terhadap wanita."
"Aku amat berharap dapat memilikinya,namun harapan tinggal harapan,aku kecewa kerana impian tidak tercapai hingga aku sakit bertahun-tahun.Pada suatu hari ia datang kepadaku dan aku gunakan peluang itu untuk memberi dia seratus dua puluh dinar supaya ia mahu bercumbu denganku,dan aku pun melakukannya.Apabila aku telah menguasainya,ia berkata:"Takutlah kepada ALLAH!!Jangan anda lepaskan cincin itu kecuali dengan hak."
Inilah contoh seorang wanita yang takut kepada ALLAh.Dia tidak bertindak balas dengan cumbuan lelaki,hanya ia tidak dapat menolaknya.Apabila wanita itu telah sampai ke dalam keadaan tidak berdaya,terpaksa dia menuruti apa yang diminta si lelaki.Pada waktu itulah,wanita itu mengingatkan lelaki itu supaya takut kepada ALLAH.
Mendengar nama ALLAH disebut,hati si lelaki bergetar dan bisikan iman lebih kuat.Jika ia benar-benar cinta kepada wanita itu,dia boleh menikahinya dengan cara yang sah hingga ia tidak jatuh ke dalam perbuatan terkutuk,zina yang merupakan dosa besar.Tubuhnya gementar,hatinya kecut,maka imannya menang terhadap nafsunya,kemudian ia pun bertaubat kepada ALLAH..
Bertawasul dengan mengungkapkan keadaan yang dilaluinya,selamat dari dosa besar selepas melalui cubaan yang amat sukar.Akhirnya batu yang menutup pintu gua beralih sedikit demi sedikit.Mereka selamat dari terperangkap di dalam gua...
Biasakanlah hidup dengan ketakutan,lama-lama ketakutan itu sendiri yang akan berasa takut..
No comments:
Post a Comment