Click sini

Dec 21, 2010

BABAK 10: SEGMEN JOM BERKENALAN


credit tu putera moon..hahhahaahahha
budak kecik tu dah tag aku..aku rasa macam bertanggungjawab plak untuk tidak hampakan dia..haahah =) bacalah apa yang aku ada dalam hidup nie..

1. APAKAH STATUS ANDA??
hahaha..perlu ke??insha ALLAH..keep on searching for the best..dah dapat nnt..aku inform trus..hahahha..skarang pon masih mengenali hati dan budi semua orang..

2. CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA??
Alhamdulillah..selama lebih kurang 19 tahun nie..telah diamanahkan untuk membawa nama NUR ANISAH BINTI MOKHTAR sebagai identiti diri..maksud bagi nama tu..penglipur lara k..maknenya banyak ckap@mesra..=) sebelum promote blog..nak promote diri dulu..hahahhahah (sungguh tak tahu malu) macam yang kat atas tu..umur aku 19 tahun n aku lahir pada 17 Julai 1991..hadiah paling best pnah aku dapat ialah..jeng3..seguni durian dari arwah ayah aku..hahahhahahahha

Aku suke coklat..tak kesah lah jenama ape pon..yang penting ianya berasaskan coklat..kalau dapat yang 20 sen pon dah kira alhamdulillah..rezeki untuk masa itu..Aku ada lebih kurang sepuluh bentuk kuma-kuma..dari bantal peluk..selipar..key chain..dan my cutest kotak pensel..kalau nak tahu macam mana bentuk kuma-kuma tu..gi tengok kat side bar aku..ngeh3..

Aku berasal dari NEGERI SEMBILAN..duduk kat felda palong..aku sekolah kat sekolah menengah harian biasa jer..dulu aku pemalu..tapi tak pasti sejak bila rasa malu tu semakin berkurang..hehe =) atas rasa minat yang mendalam terhadap dunia pendidikan..aku telah mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS..(tempat yang sangat menarik dan penuh dengan kenangan bersama dengan sahabat handai) buat masa sekrang nie..anak baru ade 4..tu pon anak kucing jer..kui3..tapi insha ALLAH..ade rezeki nanti..dapatlah 6 orang anak..3 lelaki n 3 perempuan..bia adil skit nnt..perempuan kat ayah die..yang anak lelaki plak tanggungjawab kat mak die..(aku lah tu)

3. CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
Blog aku nie ialah blog yang berbentuk peribadi..aku beranggapan blog nie adalah satu medium untuk aku meluahkan rasa hati aku yang jarang terluah..walaupun tak ramai yang baca..tapi aku puas sebab dapat meluahkan semuanya dengan menggunakan bahasa tulisan..macam semua orang ada..kadang2 kita ada kemampuan untuk bersuara dan kadang2 tidak.. =) istimewanya blog aku nie..sebab 'dia' adalah sahabat terbaru aku dan aku harap dia tak mampu nak boikot aku pon..kih3

4. PANDANGAN ANDA TERHADAP DUNIA BLOG
ada masanya pandangan nie bersimpang siur..hehe.. =) dunia blog nie banyak lebih dan x salah rasanya untuk cakap yang ada jugak kurangnya..aku pon tak berapa pandai sangat nak mengaplikasikan semuanya dalam blog nie..tapi yang sangat berguna..banyak perkara baru yang boleh diterima oleh akal apabila mula menerjah ke blog2 sahabat lain..ape erk kata orang selalu guna tu..ha!!sampaikanlah walaupun sepotong ayat

5. NASIHAT KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BARU NAK BUAT BLOG
tak banyak pon nak pesan..tapi perlu ingat..sensitiviti perlu dijaga..kalau nak tulis apa2 pon..adab masih perlu dijaga..kalau ada post yang tak puas hati tu..jaga emosi..jangan mengaibkan pihak2 yang berkenaan..semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri..manusia itu diciptakan supaya saling lengkap melengkapi..be positive k..

6. KEUNIKAN BLOG ANDA
Apa yang unik kat blog aku nie??ha..blog nie sangat unik sebab owner blog nie adalah aku..apa2 pon..kena tengok dari akarnya..aku lah akarnya sekarang nie..walaupun orang tak setuju..tapi aku nak jugak ckap yang aku nie unik..hahahahah..dan satu lagi..blog nie istimewa sebab semuanya cerita pasal aku..pandangan manusia menjadi perkara kedua..aku pentingkan pandangan ALLAH terhadap diri aku..tu jer

7. SAMPAI BILAKAH ANDA AKAN MENULIS BLOG DAN IMPIAN DALAM DUNIA BLOG??
Perkara nie aku sendiri tak dapat nak jawab dengan khusus..sebab sebelum nie aku penah biakan blog nie tergendala selama 6 bulan..sekarang baru nak aktifkan semula..aku takut ada masa nanti aku sedniri tak fleksibel dengan semua nie..tapi insha ALLAH..selagi kudrat dan emosi stabil..otak boleh berfikir fizikal boleh bergerak..aku cube untuk teruskan dan buat yang terbaik untuk diri aku..blog nie.. n semua.. =) aku tak terpikir lagi pasal impian dalam dunia blog nie..tapi aku just selalu berangan nak jadi princess je..hehe

kena tag orang lah plak..so..dengan ini..aku tag orang yang aku sayang..yeah!!

korang kena jawab soalah nie jugak k..love you

3 comments: