Click sini

Dec 20, 2015

BBM 3410: LEARNING THROUGH BLOG WRITING


Buku Learning Through Blog Writing telah ditulis oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2014 dan telah diterbitkan daripada Penerbit UTM. Penulisan blog telah menjadi medium yang sangat popular dalam kalangan remaja pada masa ini. Melalui penulisan blog, para pelajar dapat berkongsi budaya, pemikiran dan pengalaman mereka bersama orang lain. Oleh itu, penulis telah mengulas mengenai blog dengan lebih mendalam.
Blog ialah perbincangan yang dilakukan dalam bentuk tulisan rasmi atau tidak rasmi. Blog boleh digunakan secara peribadi atau bagi tujuan perniagaan untuk membuat promosi atau mengiklankan sesuatu produk. Blog ini merupakan satu medium komunikasi yang mesra pengguna kerana ianya dapat menjadi media penghubung kepada individu lain. Para pelajar boleh menggunakan blog bagi menulis tentang diri mereka dan menjadikan blog sebagai diari harian mereka dan mereka boleh menulis blog dalam apa-apa bahasa sekali pun. Penulisan blog boleh membentuk pemikiran seseorang menjadi lebih kreatif dan memberikan motivasi. Para pelajar yang mempunyai blog berasa selesa menulis dalam blog kerana blog boleh menjadi privasi untuk dibaca oleh pelajar tersebut atau dibaca oleh orang lain. Mereka boleh memilih pautan mana yang ingin dilakukan. Blog merupakan satu medium yang digunakan oleh seseorang untuk menulis mengikut pemikiran masing-masing kerana tiada peraturan yang perlu diikuti. Dalam buku Learning Through Blog Writing, penulis memberi fokus pada pelajar universiti dan kolej. Blog dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dan mereka mampu meningkatkan keyakinan semasa berkomunikasi.
Studies on Blog Writing merupakan topik yang membincangkan mengenai semua sorotan kajian tentang blog. Antara kajian-kajian yang telah dipilih ialah daripada Cisco Public Information pada tahun 2008 yang mendapati bahawa pembelajarn melalui media mempunyai kebaikan dan ianya dapat memberi motivasi yang tinggi serta impak yang hebat dalam hasil pembelajaran kepada pelajar (Normaliza Abd Rahim, 2011:2014). Kajian ini disokong oleh Comlab India for Effective Learning pada tahun 2012 yang mengatakan bahwa terdapat hubungan yang positif dan negatif dalam peggunaan media dalam pembelajaran. Sehubungan itu, para pelajar boleh menulis blog dan menicipta penulisan mengenai blog mereka secara tersendiri (Normaliza Abd Rahim, 2008). Oleh itu, Ruzy Suliza Hashim (2007) dalam kajiannya mendapati blog telah menjadi medium yang popular bagi meluaskan idea kerana beliau telah membuat kajian terhadap dua orang wanita dan didapati mereka banyak menulis dalam blog. Justeru, penulisan blog dapat membentuk keyakinan diri pada diri seseorang individu (Nadzrah Abu Bakar et al, 2010). Kajian ini disokong oleh Sithaletchemy Krishnaiyer et al pada tahun 2012 yang menunjukkan bahawa para pelajar mampu memberi tindak balas yang positif dalam pembelajaran dan mereka telah menulis hasil pembelajaran dalam blog mereka sendiri. Hal ini telah disokong juga oleh Nadzrah Abu Bakar dan kemboja Ismail pada tahun 2009 yang mendapati penulisan blog merupakan satu medium bagi pelajar untuk berkongsi idea mereka dan melalui penulisan blog, pelajar lebih bermotivasi karana persekitaran pembelajaran menjadi lebih baik.
Kajian Perspective Towards Blog Learning memberi fokus pada perspektif para pelajar terhadap pembelajarn blog. Objektif kajian ini ialah menganl pasti dan membincangkan jenis-jenis penulisan yang dipilih oleh pelajar semasa menulis blog. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 60 orang pelajar lelaki dan perempuan dari kelas bahasa Melayu di University of Hankuk, Korea. Subjek kajian yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang sudah mempunyai pengalaman dalam penulisan blog pada semester lepas. Subjek telah diberikan satu set soal selidik dan ditemu bual berdasarkan pendapat mereka mengenai pembelajaran blog. Dalam kajian ini, pengkaji telah menganalisis wacan ayang dituturkan dan aianya merujuk pada kajian organisasi sesuatu bahasa terhadap penyataan dan klausa. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa analisis wacana sangat penting dalam penggunaan bahasa. Analisis wacana banyak digunakan dalam konteks sosial dan menerusi beberapa interaksi mahupun dialog yang dituturkan dalam kalangan penutur.
Seterusnya, pada bab Writing in Blog to Enhance Learning, pengkaji telah memberi fokus pada penulisan para pelajar dalam blog. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti dan membincangkan kandungan penulisan blog dalam kalangan para pelajar. Kajian ini telah melibatkan 11 subjek responden yang mengambil kursus Bahasa dalam Multimedia. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar berasa sangat gembira dengan tugasan yang telah diberikan. Selain itu, melalui blog, para pelajar dapat berkongsi pengalaman mereka bersama orang lain, berkongsi perasaan yang dialami dalam diri dan mereka dapat berkongsi tips-tips penulisan blog semasa di dalam kelas.
Kemudian, dalam bab Autumn Stories in Blog Writing telah memberi fokus pada penulisan para pelajar dalam blog. Kajian ini telah melibatkan seramai 6 orang pelajar perempuan antarabangsa yang belajar dalam bidang bahasa Melayu di University of Hankuk, Korea. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa penulisan para pelajar dalam blog banyak mengisahkan mengenai kisah hidup mereka sendiri dan cerita yang ingin dikongsikan bersama orang lain. Selain itu, para pelajar banyak berkongsi pengalaman dan perasaan mereka mengenai musim luruh yang dialami. Tambahan lagi, para pelajar telah berjaya mengaplikasikan kata kerja dan kata adjektif yang dipelajari semasa dalam kelas. Akhir sekali, para pelajar juga dapat menulis cerita berdasarkan pengalaman mereka semasa musim luruh di dalam blog masing-masing.
Dalam bab 6 iaitu Blog as Media Learning Language and Literature, pengkaji telah memberi fokus pada blog sebagai media pembelajaran bagi bahasa dan juga sastera. Objektif kajian ini adalah bagi menegnal pasti dan menganalisis fungsi blog sebagai salah satu medium pembelajaran bahasa dalam bahasa Melayu dan sastera Melayu dalam kalangan pelajar Korea. Responden kajian ini terdiri alam kalangan 18 orang pelajar kursus bahasa dalam multimedia yang telah belajar dalam bidang bahasa asing di University of Hankuk, Korea. Para pelajar telah diminta untuk menulis dan mengemaskini blog mereka setiap hari selama 3 minggu. Para pelajar bebas menulis mengenai topuk yang diingini dengan syarat mereka perlu menulis dalam bahasa Melayu. Keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar telah menjadikan blog sebagai suatu tempat bagi meluahkan perasaan dan berkongsi bakat penulisan mereka. Tambahan lagi, para pelajar telah menjadikan blog sebagai media pembelajaran untuk mempelajari bahasa dan sastera. Mereka telah menulis blog mereka dalam bahasa Melayu dan mampu menghasilkan karya sastera yang berkaitan dengan suasana semasa dalam kelas. Para pelajar juga telah menunjukkan keyakinan mereka dan berbakat dalam sastera Melayu. Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa blog telah digunakan untuk menghilangkan tekanan dan ianya dapat membuka peluang kepada media elektronik untuk digunakan dalam pembelajaran.
Lets Start Blogging telah membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum melakukan penulisan dalam blog. Sebelum menulis sesebuah blog, individu perlu mempunyai akaun blog terlebih dahulu dan perlu ada akaun emel yang sah. Oleh itu, pengkaji telah menunjukkan cara-cara membuat akaun emel menerusi Gmail yang perlu bermula dengan mengisi maklumat yang diperlukan dalam laman web gmail sehingga berjaya mempunyai akaun gmail. Kemudian, pengkaji juga telah menunjukkan cara bagi mendaftar akaun blog dengan menggunakan akaun gmail yang telah dibuat. Pendaftaran akaun blog telah ditunjukkan secara terperinci melalui gambar screen shot sehingga pembaca berjaya didaftarkan. Tambahan lagi, pengkaji juga telah menunjukkan cara untuk menulis dalam blog sendiri. Seterusnya, pengkaji juga telah menunjuk cara menyusun layout dalam blog dan menambah gajet yang diperlukan dalam blog. Selain itu, dalam bab ini juga, pengkaji turut mengajar pembaca membaut blog daripada wordpress dengan bermula daripada masuk ke laman wordpress dan mendaftar akaun sehingga pada pemilihan tema, gajet, berkongsi blog dalam twitter dan facebook serta cara kongsi media dalam blog wordpress.
Akhir sekali, dalam Ethics in Blog Writing, penulis telah menggariskan etika yang perlu diikuti oleh penulis semasa menulis entry dalam blog. Terdapat 10 etika yang perlu diikuti. Pertama, penulis perlukan memilih perkataan yang sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur. Kedua, apabila menulis sesuatu ayat penulis perlu pastikan yang ayat tersebut mudah untuk difahami. Ketiga, tatabahasa yang digunakan dalam blog perlu sesuai dan mematuhi peraturan bahasa. Keempat, penulis dilarang untuk menyentuh isu sesistiviti sesuatu agama. Kelima, apabila menulis sesuatu yang sulit, tidak digalakkan untuk membincangkan isu sensitif sesesbuah parti politik. Keenam, elakkan penggunaan perkataan yang kasar. Ketujuh, tidak dibenarkan menulis entry yang mengugut dan mengancam orang lain. Kelapan, elakkan penulisan sesebuah entry yang tidak dipastikan kesahihan maklumatnya, penulis perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis. Kesembilan, letakkan kredit pada gambar yang dikongsi supaya gambar tersebut tidak diambil oleh orang lain. Akhir sekali, semasa menulis tentang teori dan kajian, pastikan bahawa penulis telah banyak membaca dan membuat kajian terdahulu supaya isi yang ditulis boleh dipercayai.
Buku ini merupakn sebuah buku yang sangat bagus kerana telah mengupas isu media blog dengan sangat mendalam dan mudah difahami oleh pembaca. Melalui perkongsian penulis mengenai tips-tips penulisan blog, pembaca boleh menaik taraf blog yang ada dengan lebih baik. Selain itu, penulis telah menggunakan banyak kajian orang lain bagi menguatkan lagi isi yang ingin disampaikan. Tambahan lagi, penulis telah menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami oleh pembaca walaupun ianya diterangkan dalam bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment